Wednesday, 24 December 2014

Supplemen Untuk Kulit Sihat dan Cantik

6 supplemen untuk kulit :-

1.) ESP

2.) Vivix

3.) Vitamin C

4.) Vitamin E

5.) Kolagen

6.) CoQ10

Tuesday, 23 December 2014

5 Sebab Anda Perlu Ambil Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus)

Teks : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum wrh. wbt.
 
Sekian lama juga tidak menulis di blog ini. Rindu pastinya. Maaf, kerana sedikit urusan lain yang perlu saya uruskan. Lega, setelah selesai dan kami berjaya lakukannya mengikut perancangan yang diaturkan. Alhamdulillah.
 
Dalam kesibukan menguruskan hal bisnes, urusan peribadi dan keluarga terutamanya, tetap tidak pernah lupa untuk saya mengambil suplemen mengikut kesesuaian masa saya. Memanglah, ibu menyusukan anak kecil ini perlukan tenaga luar biasa. Paling penting tidak boleh tidak sehari tanpa Vitamin C!
 
Maka, entri hari ini saya terpanggil untuk berkongsikan sedikit ilmu mengenai keunikan dan keistimewaan Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus).
 
Terdapat 2 keunikannya berbanding Vitamin C yang lain:-
 
1.) Dengan penambahan 120mg Bioflavonoids kompleks, membantu dalam penyerapan Vitamin C dan mencegah proses oksidasi Vitamin C.
 
2.) Dengan sistem Proprietari, pembebasan Vitamin C dilakukan secara perlahan-lahan selama 5 jam. (satu jam : 1 1/2 buah oren).
 
Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus) memang diyakini selamat dan natural. Ia juga merupakan produk pertama yang menawarkan pembebasan Vitamin C secara semulajadi menggunakan sistem Proprietari, di mana pembebasan Vitamin C yang dilepaskan selama 5 jam secara perlahan-lahan bagi menyediakan nutrien anti-oksidan yang mencukupi.
 
Anda juga perlu tahu, 3 kuasa vitamin C yang menjadikannya begitu istimewa iaitu:-
 
1.) Sebagai anti-oksidan yang kuat.
 
2.) Membantu dalam penghasilan kolagen.
 
3.) Memberi kulit yang lebih cerah, tegang dan gebu.
 
Vitamin C penting dalam penghasilan kolagen dan lain-lain tisu penghubung yang membantu dalam mengekalkan kulit yang anjal dan terpelihara. Vitamin  C juga merupakan anti-oksidan yang membantu untuk melawan radikal bebas, bahan cemar yang boleh menyebabkan penuaan kulit pra-matang.
 
Untuk kekal muda dan menawan, jom kita menggantikan jumlah kolagen yang hilang dengan Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus).
 
Sekian dulu perkongsian mengenai Vitamin C petang ini. Jom solat maghrib dulu.
 
Salam sayang Hannan dan Hannah dari saya.

Nilai Sebuah Kekayaan

Saturday, 29 November 2014

Jangan Dibiarkan Terlepas

Yeahh!! last 3days only.
 
Tinggal 3hari sahaja lagi untuk pembelian super duper jimat!
 
Omega Guard :
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui makanan.
 
Sebotol mengandungi 90biji.
 

Friday, 21 November 2014

Berpantang Cara Moden dengan Vitamin Glam

Teks dan Gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Hari ini saya nak kongsikan sedikit kisah dan pengalaman saya berkaitan set vitamin yang memang glam diakui berkesan di kalangan ibu-ibu menyusu dan berpantang. Malah elok juga di ambil oleh ibu-ibu ketika hamil.
 
Teringat saya suatu hari beberapa minggu selepas bersalinkan anak ke-4, saya berjumpa dengan seorang rakan sekolah lama di sebuah kompleks. Perjumpaan kami di atur atas urusan penghantaran pesanan Shaklee pada asasnya. Sebaik sahaja kami bersua, sapaan pertama yang saya terima, "Kau ni tak nampak macam lepas beranaklah. Body still maintain macam dulu." Oh mak aih, jawab saya balik, "Normal kot sebab baby dah keluar perut pun dah keciklah. Lainlah sebelum ni mengandung memang tembun, haha!" Beliau memintas laju, "Eh, tak! ni kurus sangat nih." Wah lah! Alhamdulillah lah kalau begitu. Hehe.
 
Satu lagi kisah sewaktu temujanji susulan pada enam minggu selepas kelahiran dengan doktor perbidanan dan sakit puan kesayangan kami. (sayang sebab dah masuk anak keempat masih setia jugak dengan doktor Seri Suniza ni.) Alhamdulillah, setelah sedikit imbasan dibuat, doktor memaklumkan rahim saya kembali berada di kedudukannya. "Excellent!!", katanya apabila saya diminta membuat sedikit senaman kegel (kemutan). Tapi paling tidak menahan apabila doktor dengan sengaja mengusik, "Hai, berapa orang anak awak? ...Baru satu!!" jawab beliau dengan hilai tawa sebelum sempat saya melangkah kaki keluar sambil mengendong baby Hannah daripada biliknya. Kuat mengusik sungguh lah doktor kesayangan sorang ni tau.
 
Begitulah, antara maklum balas yang saya terima dalam beberapa hari selepas tempoh berpantang yang lepas. Benarlah, set vitamin glam di kalangan ibu-ibu terutamanya ketika hamil, berpantang dan penyusuan itu juga berkesan pada saya.
 
 
Set yang saya amalkan sejak mula kehamilan, berpantang dan kini diteruskan dengan penyusuan.  Vitamin ini sangat penting buat saya. Alhamdulillah, ia membantu saya kekal sihat dan cergas. Juga memastikan tubuh saya lebih bertenaga, ceria dan terus bersemangat dalam menghasilkan susu yang berkhasiat buat anak saya. Manfaat ekstra yang saya dapat, tubuh kembali slim. Cemburu ya?! Tirulah macam saya. Hehe.
 
Sekian dahulu, salam Hannan dan Hannah dari saya.

Thursday, 20 November 2014

Kini 5 Tahun Usianya

Teks dan Gambar : Iszuraini Ismail
 
Alhamdulillah, syukur! Sanah Helwah ya Hannan Nusaybah jamilah.
 
20 November 2009. Pantas sungguh masa berlalu. Harini usianya genap 5 tahun. Cahaya mata pertama abah dan mama. Cucu perempuan pertama di kedua-dua belah keluarga besar abah dan juga mama. Alhamdulillah.
 
Baru berusia 5 tahun kakak sudah punyai tiga orang adik. Insha Allah, kakak seorang pembimbing dan contoh yang baik kepada adik-adik yang lain. Tadi di sekolah, mama, acu dan adik-adik datang singgah ke sekolah kakak, Ehsan Islamic Pre-School buat sambutan ulangtahun kecil untuk kakak bersama kawan-kawan. Alhamdulillah, sepertimana yang kakak dan mama telah rancangkan sebelum ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Yang penting kakak seronok menyambutnya dengan kawan-kawan kali ini.
 
Teringat pula kenangan mama masa kecil dulu buat sambutan ulangtahun yang ke-6 sewaktu di Tadika Intan, Gombak. Adalah sekeping dua gambar yang sempat difotokan. Tapi kalini mama bukan mahu kongsikan gambar kenangan mama tu, cuma mama nak kongsikan gambar kakak dan kawan-kawan sempena hari istimewa kakak hari ini, 20 November 2014.
 
Oh ya, kek mama tempah istimewa tema 'Hello Kitty' ini, daripada mami dhia damia safiyyah. Memang sangat sedap tau! Boleh tempah lagi untuk hero bulan Disember nanti. Sebenarnya, mami dhia damia safiyyah punya tarikh lahir yang sama dengan tarikh lahir kakak jugak. Okay layan gambar dulu ya.
 
Basic Chocolate Cake with Chocolate Ganache.
Deco with Fondant by Sweet Confection.
Sedap hoi!
 
Nyanyian lagu 'Happy Birthday' untuk Hannan daripada kawan-kawan 5 Adnin.

Happy 5th Birthday from us, mama-haddad-hayyan-hannah-abah

Senyum sikit kakak! :-)

Siapa belum dapat kek lagi?

Terima kasih kawan-kawan! :-)

Alhamdulillah, semoga kakak Hannan terus membesar menjadi anak yang solehah. Sentiasa dalam lindungan kesihatan dan kasih sayang Allah. Diberi taufik dan hidayah dalam menuntut ilmu. Dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan duniawi dan juga dalam mengejar impian ke jannah. Amin, Insha Allah.

Salam sayang dari mama buat anak syurgaku, Hannan Nusaybah.


 
 

Omega Guard yang Kaya dengan Omega-3, EPA dan DHA

Teks : Iszuraini Ismail
Sumber Gambar : Shaklee
 
OmegaGuard Shaklee melalui proses penyulingan tiga molekul. Jadi ianya menapis logam berat antaranya merkuri yang boleh merosakkan sel-sel otak. Minyak ikan Shaklee ini memang asli (pure) dan tidak tercemar. Bukan lemak ikan semata ya.
 
Manfaat daripada Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard adalah untuk kesihatan jantung. Manakala DHA dan EPA diperlukan untuk perkembangan otak dan penglihatan awal bayi.
Penting tau ambil Omega Guard ni. Pastikan pilihan anda yang terbaik ya!
 

 
 
 
Berminat dengan Omega Guard Shaklee? Jom, beli sekarang! Ada promosi hebat sepanjang November ini. Promosi berakhir pada 30 November 2014. Untuk pembelian dan konsultasi dari saya boleh hubungi +6017.677 2416 atau emel iszuraini@hotmail.com
 

Tuesday, 18 November 2014

Kulitku Kusam Kurang Bermaya

Teks dan gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t, dan selamat pagi. Semoga ceria pagi ini dapat membawa keceriaan pada hari-hari yang mendatang juga.
 
Kesian saya. Semalam dalam asyik membelek wajah di cermin kulihat terdapat perubahan pada warna kulit. Agak gelap, kusam, kurang bermaya dan liang pori-pori agak besar telah kelihatan. Tidak boleh jadi ni. Walaupun daku hanyalah suri rumah, perlu juga bercantik-cantik. Yang penting wajah polos tanpa solekan. Natural, lebih baik begitu.
 
Puas dibelek, saya mencari punca apa dan kenapa sehingga begitu jadinya kulit wajah saya kini? Alhamdulillah, jenis kulit muka saya memang pada asalnya jarang bermasalah. Lainlah dahulu di zaman awal remaja. Adat remaja yang meningkat naik dengan perubahan hormon segala. Sekarang ini, masanya untuk mengekalkan keadaan kulit muka yang baik itu. Maklumlah orang bersuami. Kena jugalah jaga penampilan. Dari mata turun ke hati. Begitu kan? Hehe.
 
Jenuh jugalah kembali mengingatkan antara aktiviti luar yang saya pernah giatkan akhir-akhir ini. Selain daripada rutin pagi dan tengahari menghantar dan mengambil pulang suami bekerja dan anak bersekolah. Itupun dikira bukan rutin berpanas malah hanya memandu dengan berkereta.
 
Sudahnya barulah saya teringat akan aktiviti hujung minggu kami baru-baru ini. Apalagi kalau bukan aktiviti beriadah kami sekeluarga. Dua hari berturut berjemur dan berpanas tanpa sebarang krim pelembap mahupun pelindung uv. Nampaknya saya perlukan persediaan lebih rapi lagi terutamanya hal-hal berkaitan penampilan pada wajah saya ni. Kalau tidak, nah! lihatlah kesan pada wajah sendiri. Nampak kusam dan tidak bermaya. Ngeri sungguh.
 
Jadi, pilihlah untuk makan Vitamin C dan tingkatkan pengambilan Protin, agar dapat membantu membina lapisan kolagen pada kulit dan dapat menggantikan sel-sel yang telah rosak itu kepada yang baru dan lebih baik. Jom, kita kembalikan kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya itu kepada yang lebih fresh. Pastinya lebih menawan.
 
Sekian, nantikan cerita 'wajah baru' saya nanti selepas konsisten pengambilan dua supplemen ini nanti.
 

Sunday, 16 November 2014

Demam Menggigil dan Pengorbanan Mama

Teks : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Kisah semalam. Pertama kali dalam sejarah hidupku. Diserang demam dan menggigil kesejukan. Masha Allah dan Alhamdulillah. Dugaan buat diri barangkali. Tidak mengapa asalkan demam pada diri sendiri dan bukan pada anak-anak.
 
Terkadang kita sudah pastikan yang terbaik untuk diri namun kuasa Allah jua lah takdir penentu segalanya. Agak panic jugalah tiba-tiba badan rasa seram sejuk. Hendak di kata bentan sudah pun melebihi 60hari selepas bersalin tempoh hari.
 
Namun Alhamdulillah, selepas ke klinik dengan bacaan suhu 38°c dan dua biji panadol ku telan. Ambil masa sejam dua untuk berehat. Terasa sejuk badan dan lenguh-lenguh satu badan hampir berkurangan. Alhamdulillah.
 
Kalau dah mak tu tetap jugak mak-mak kan. Rehat tidak dapat nak lama. Asal kebah sedikit, hilang panas badan sudah kembali menguruskan anak-anak. Mana yang mahu disusukan. Mana yang mahu ditidurkan. Didahulukan yang mana patut didahulukan.
 
Saat itu mulalah terasa menghargai pengorbanan seorang ibu. Syukur mama masih ada menemani ketika ini. Bertuah kau Nini. Alhamdulillah. Terima kasih mama. Bila sakit, demam, tempat yang nak dituju pasti jua ke rumah mama walaupun dah ada rumah sendiri namun terasa lebih aman dan selesa bila mama ada menemani. Masakan yang paling mampu ditelan, masakan mama jugalah. Beruntung sangat! Itulah antara faedahnya dah kalau duduk rumah pun tak jauh daripada rumah mak. Hehe.
 
Semoga saya juga mampu menjadi mama yang disayangi anak-anak. Semoga jua saya mampu berkorban, mendidik dan menyayangi mereka sama-rata seadanya. Insha Allah.
Sama-sama kita doakan semoga ibu bapa kita diberi lindungan kesihatan yang baik serta mendapat limpahan kasih sayang daripada Allah, baik yang masih hidup mahupun yang telah tiada. Al-fateha.
 
Salam sayang. Hannan, Haddad, Hayyan dan Hannah. Mama dan Abah sangat sayangkan kamu sekalian. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Berbakti kepada agama dan bangsa. Insha Allah. Amin.
 
Oh, ya! Tahniah buat kakak Hannan yang perolehi keputusan cemerlang peperiksaan baru-baru ini. Nantikan sedikit reward buat kakak bersempena ulangtahun kelahiranmu 20 November 2014 yang ke-5 tahun akan datang ini sayang. Sabar menanti ya.

Tuesday, 11 November 2014

Pengedar Sah Shaklee Anda di Ampang, Ulu Klang, KLCC

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua teman dan rakan kenalan sekalian.
 
Saya ingin kongsikan kebaikan produk SHAKLEE kepada anda semua kerana saya juga adalah pengguna seperti anda. Mungkin bagi yang baru mengenali dan kepada yang masih belum mengetahui, saya adalah Pengedar Sah Shaklee Di Ampang, Ulu Klang, dan KLCC.

Namun tidak terhad di sini sahaja kerana hampir 90% pelanggan saya adalah mereka dari alam maya seluruh Malaysia. Normal mode of delivery adalah melalui Pos Laju atau GDEX.

Di sini diantara senarai supplement yang disediakan bagi tujuan :-

  • Set Kesihatan Optimum
  • Set Ibu Menyusu
  • Set Ibu Berpantang
  • Set Ibu Mengandung
  • Set Untuk Kecantikan Kulit
  • Set Bagi Masalah Berat Badan
  • Set Kesuburan
  • Set Untuk Anak Pintar dan Kurang Selera Makan
  • Set Suami Isteri

Dan banyak lagi sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan optimum seperti dikalangan warga emas, untuk pelajar, dan sebagainya.

Hakikatnya tidak penting di mana saya berada. Paling penting anda mendapat pesanan anda dengan selamat dan terjamin. Bagi yang membuat pesanan dari saya, akan saya berikan panduan dan konsultasi secara percuma secara berterusan selagi anda membuat belian dengan saya. Saya percaya kita membeli dari orang yang kita beri kepercayaan dan bukan atas dasar kasihan semata-mata.


Sunday, 9 November 2014

Siapa yang Perlukan Omega Guard?

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Sumber Google
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Salam ceria di pagi hari. Alhamdulillah masuk pesanan baru pagi ini. Ada seorang pelanggan nak membeli empat botol Omega Guard Shaklee sekaligus. Pilihan yang bijak. Jimat harga, jimat postage malah lebih berbaloi.
 
Tambahan lagi, promosi Omega Guard bulan ini, beli enam botol percuma sebotol. Empat botol dah selamat. Dua botol boleh buat kegunaan makan sendiri seisi keluarga. Wah, selesai pesanan batch pertama untuk minggu pertama. Semoga terus murah rezeki di hari-hari yang mendatang.
 
Mari baca, perkongsian info bagi siapa yang perlukan minyak ikan; Omega Guard Shaklee ini khususnya.
 

Saturday, 8 November 2014

Riadah Pagi Kisah di Hujung Minggu

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail
Assalamualaikum w.b.t,
 
Sedikit catatan di hujung minggu. Kebiasaannya hari Sabtu begini tiada aktiviti yang luar biasa berlaku bagi kami sekeluarga.
 
Bangun lewat sudah semestinya. Celik mata, bersarapan, menonton, dan keluar membeli barangan dapur. Paling tidak pun, sekiranya lengkap semua kelengkapan barangan dapur pasti ke Comeylorte, Bangi jua lah tempat kami tuju.
 
Oh ya! Comeylorte, Bangi merupakan kedai laundry dan guestroom yang kami usahakan sebagai perniagaan keluarga dan dengan harapan ianya dapat diwarisi kepada anak-anak kami suatu hari nanti. Jemput singgah mendobi dan menginap ya penduduk di sekitar Bangi. Sebarang maklumat lanjut jemput like ke fanpage kami di facebook 'Comeylorte Laundry and Guestroom'.
 
Baiklah, berbalik kepada aktiviti kami di pagi Sabtu hari ini. Sungguhpun cuaca pagi tadi hujan pada mulanya, namun ajakan suami bagi menemani beliau bersukan di pusat sukan Petronas Permata, Bangi tidak dapat tidak untuk saya menolak. Demi anak-anak yang terlebih riang sebenarnya. Terpaksa jugalah mamanya ikutkan.
 
Seronok juga sekali-sekala beriadah di hujung minggu. Walaupun lebih kepada mengawasi tingkah laku anak-anak sewaktu abahnya bersukan. Harapnya cuaca esok juga mengizinkan untuk kami beriadah di taman, KLCC pula. Badan sihat, cergas dan yang penting masa berkualiti bersama keluarga dan anak-anak.
 
Gembira walaupun penat. Pulang ke rumah perlu memasak pula. Hak penyusuan susu ibu buat si kecik, baby Hannah masih tidak mama abaikan. Tetap sempat mengepam walaupun sibuk melayan si kakak dan abang-abangnya. Alhamdulillah masih rezekinya.
Sekian dulu cerita aktiviti hari ini. Sekeping foto anak-anak riang yang sempat dirakam.
 

Friday, 7 November 2014

Khasiat Sebotol Minyak Ikan Pilihan Seisi Keluarga

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Shaklee Malaysia
 
Assalamualaikum w.b.t,
Salam jumaat sekalian teman. Sudah separuh hari berlalu untuk hari jumaat hari ini. Selesaikan bacaan al-kaahfi ya kawan semua. Semoga kita sama-sama terlindung daripada fitnah.
 
Baiklah, berita gembira yang hampir ramai sudah pun tahu. Tapi masih belum terlewat juga pada yang belum tahu tu. Apakah beritanya tu kan? Apalagi kalau bukan berita kegembiraan tentang promosi minyak ikan terbaik iaitu Omega Guard Shaklee.
 
Kenapa saya katakan ianya minyak ikan terbaik? malah pilihan seisi keluarga ya. Kalau saya? Ya, saya dan seluruh ahli keluarga saya turut makan Omega Guard Shaklee ini tau.
Di sini, saya kongsikan antara kebaikan dan fungsi Omega Guard Shaklee ini.
 
~Siapa yang memerlukan Omega Guard~
•Ibu hamil bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan.
 
•Ibu menyusu bagus  untuk perkembangan otak bayi yang menyusu.
 
•Kanak-kanak (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA juga bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak,asma,eczema)
 
•Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat).
 
•Individu yang ingin meningkatkan kepekaan, daya ingatan, dan kecekapan kerja.
 
•Lelaki yang mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
 
•Wanita yang mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi).
 
Sungguh banyak kelebihan dan kepentingan Omega Guard ini pada seluruh peringkat umur. Nanti saya kongsikan lagi bagaimana minyak ikan ini sangat digemari anak-anak saya.
 
 
 
Sekian dahulu untuk kali ini. Salam Hannan dan Hannah dari saya.
 

Penyelesaian Terbaik Untuk Sakit Sendi, Sakit Urat dan Sakit Tulang

Gambar : Shaklee Malaysia
 
Sepintas lalu, ku biarkan gambar yang berbicara..
 

Wednesday, 5 November 2014

Makanan Segera, Tanpa Rasa Curiga

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar dan Info : Shaklee Malaysia
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Pantang ada yang mendengar 'segera' pasti ada ibu-ibu yang cukup alergi mendengarnya. Terutama perihal pemakanan anak-anak mereka. Ketahui umum yang segera itu pastinya mengandungi bahan-bahan tidak berkhasiat, kandungan gula yang tinggi, tambahan pada bahan pengawet, malah boleh mendatangkan ketagihan pada anak-anak kecil terutamanya.
 
Ha, ini kelainannya antara segera yang dimaksudkan oleh Shaklee ya! Dalam kehidupan harian yang sentiasa aktif dan serba pantas ini, golongan kanak-kanak terutamanya tidak mempunyai masa yang cukup dan pilihan makanan yang benar-benar berkhasiat dan seimbang untuk dinikmati.
 
Oleh itu, Shaklee Mealshakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glisemik. Yang mudah disediakan, ringkas malah berkhasiat. Ini antara kandungan yang terdapat dalam Mealshakes.
 
• Vitamin dan mineral penting sebagai nutrien asas yang anak-anak sedang membesar dan remaja perlukan untuk terus kuat dan sihat.
 
• Sumber terbaik serat (fiber) pemakanan dan juga protin. Membantu percernaan dan memberi rasa kenyang.
 
• Sumber pekat kalsium. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
 
• Rendah lemak dan indeks glisemik yang rendah untuk mengekalkan berat badan ideal.
 
Ya, pasti ianya juga pilihan buat saya dan anak-anak saya. Cara-cara penyediaan boleh rujuk di entri sebelumnya.
 
 
 
Sekian, salam Hannan dan Hannah daripada saya. 

Menu Sarapan Mudah Berkhasiat

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Shaklee Malaysia
 
Assalamualaikum dan selamat pagi.
 
Jom amalkan tip diet sihat pagi ini. Sudah bersarapan atau belum anda pagi ini? Pastikan bersarapan itu satu kewajipan sebelum memulakan apa sahaja aktiviti harian kita ya! Pada yang belum ambil sarapan tu lekas bersarapan dulu ya!
 
Nah, cadangan terbaik mulakan hari anda dengan Mealshakes. Cepat, mudah, cukup sumber protin, ada fiber yang dapat memberi rasa kenyang dan juga mengandungi multivitamin dan mineral. Memang sedap lagi berkhasiat!
 
Sesuai hidangan pagi yang ringkas untuk seisi keluarga juga. Cubalah..
 
 

Sunday, 2 November 2014

Cinta Mencintai

Assalamualaikum wbt.
 
Salam berhujung mimggu dan selamat pagi.
 
Satu ungkapan istimewa untuk hari ini dan harus tersemat mengiringi hari-hari yang mendatang;
 
'penuhkan dalam diri dengan rasa CINTA..!!
cinta padaNYA..
cinta pada diri..
cinta pada pasangan..
cinta pada anak-anak..
cinta pada kawan-kawan..
cinta pada keluarga-kaum kerabat.. dan
cinta pada SHAKLEE..!! 
'
Sesungguhnya rasa cinta itu amat indah. Mari kongsikan indahnya cinta itu bersama insan yang tersayang. Jom rasai nikmat cinta itu. Mudah-mudahan yang baik-baik juga yang akan datang. Amin.
 
Sekian. Salam cinta buat semua.

Saturday, 1 November 2014

Jom Ubah Diri

pernahkah kita berdepan dengan situasi dimana kita dikritik dan dikomen setiap hari?
 
bagaimana kita berhadapan dengan komen dan kritikan tersebut?
 
menerima dengan positif atau negatif?
 
jika kita menerima dengan negatif, malang la nasib kita, kita kekal ditakuk lama dan tidak mustahil menjadi lebih teruk.
 
maka jom, ubah sikap kita..
 
pandang semua yang berlaku dengan mata dan fikiran yang POSITIF,
jika nampak negatif sekalipun, kita ubah supaya menjadi positif.

Wednesday, 22 October 2014

Minuman Tenaga Pilihan Superbibik

Teks dan gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Salam ceria dan selamat berlibur bersempena cuti deepavali dan sambutan maal hijrah sabtu ini.
 
Harini nak bercerita tentang satu minuman best pilihan hati. Iaitu Shaklee Performance Drink. Minuman pilihan ahli angkasawan dan para atlet. Juga minuman kegemaran pilihan 'supermoms' dan 'superbibik'.
 
Semalam, bibikku ada maklumkan yang 'air oren tenaga' tu dah habis. Jadi, faham-faham sahaja lah ya. Bagus! Laju betul sebekas air performance tu dibancuh dan diminum. Saya suka. Anak-anak saya suka. Bibik lagi lah suka.
 
Apa yang hebatnya air minuman ini ya? Kerana rasanyakah? Kerana khasiatnyakah? Baiklah kalau nak tahu, komponen elektrolit penting seperti sodium, chloride, magnesium, kalsium, dan potasium nya membantu mengekalkan cecair di dalam badan serta membekalkan tenaga berpanjangan dan daya ketahanan badan. Oh, Patutla superbibik sangat suka. Walaupun kerja angkat-mengangkat barang yang berat-berat dalam rumah ni, slumber and steady jer bibik buat. Hebat. Sangat sesuai bagi mereka yang aktif dalam kerja harian.
 
Air performance ini enak diminum begitu sahaja dengan segelas air kosong atau boleh dicampurkan bersama minuman lain. Lazat diminum pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua. 
 
Ingin tahu lebih lanjut tentang produk? Atau berminat untuk tempahan? Hubungi saya ya.
 
info/order : Iszuraini Ismail
sms/wa : 017.677.2416
emel : iszuraini@hotmail.com
iszurainiismail.blogspot.com
 
Sekian, nantikan lagi entri lain berkenaan produk shaklee yang akan saya kongsikan ya. Salam hannan dan hannah dari saya.
 

Saturday, 18 October 2014

Sihat dan Cantik dengan Vitamin C

Teks dan gambar : Iszuraini Ismail

Sumber gambar : Shaklee Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda? Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren. Mampukah kita untuk telan 7 biji buah oren sehari bagi memastikan kandungan vitamin C yang mencukupi bagi keperluan harian tubuh kita? Fikir-fikirkan ya!

Terlalu banyak sebenarnya vitamin C yang ditawarkan di pasaran kita sekarang. Namun, pilihan saya tetap yang satu ini. Pastinya Shaklee pilihan hati. Semulajadi, selamat dan berkesan.

Sustained Release (SR) Vita C Plus nama diberi. Membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan. Bertindak secara pelepasan mengikut masa dan berperingkat bagi memastikan penyerapan nutrien vitamin C tidak hilang sebaik selepas pengambilannya. Membantu dan menyokong tulang,  gigi dan gusi yang sihat. Merupakan anti-oksida semulajadi. Sudahkah anda mengambil vitamin C anda hari ini?  Adakah kandungan nutriennya juga mencukupi? Jom cuba Sustained Release (SR) Vita C Plus Shaklee pula.


Istimewa hari ini bersempena hari pembukaan dan perasmian di ibu pejabat (HQ) Shaklee yang baru di Sunway Pinnacle.

Hari ini sahaja ya, 18.10.2014 !!
Cepat..Cepat..Cepat! 

Jom membeli secara berjemaah. Lebih jimat! pm sy sekarang.


Iszuraini Ismail

017.677.2416



Wednesday, 8 October 2014

Bercantik-cantik Walaupun Ketika Berpantang

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera buat teman sekalian. Semoga sihat dan ceria seperti selalu.

Masih ingatkah entri sebelum ini tentang promosi ESP sepanjang Oktober ini kawan? Ya, pastikan anda tidak ketinggalan ya, untuk dapatkannya sementara stok masih ada. Jangan malu, jangan segan boleh hubungi saya juga untuk terus dapatkannya.
 
Baiklah, selain daripada khasiat protin ESP yang telah diskongsikan seperti sebelum ini, hari ini saya terasa ingin mencuba dan berkongsi pula fungsi lain yang boleh dibuat dengan protin ESP Shaklee.
 
Ini kisahnya, bermula dengan rakan kesayangan saya yang bertanya tentang cara-cara untuk ber'masker' menggunakan ESP dan lain-lain bahan yang juga daripada supplemen Shaklee. Ini antara bahan bahan yang saya gunakan.


ESP + ALFALFA + GLA
(Saya tiada stok VITA E yang dah dibuka, jadinya saya gantikan dengan GLA juga boleh.. Be creative. Heheh!)

Boleh dikatakan ala-ala 'homemade masker' juga ni. Maklumlah saya ni masih lagi berpantang. Niat nak bercantik-cantik haruslah ada dan menebal dalam diri ini. Hendak ke spa, masakan nak ditinggalkan anak kecil di rumah. Paling tidak pun memakan masa satu setengah jam ke dua jam juga untuk membuat 'facial'. Belum pula mengambil kira masa memandu. Jadi, ide daripada rakan kesayangan saya ini jugalah membuatkan 'mak-tang' sorang ni, berkobar-kobar juga nak berkongsi tip dan resepi 'homemade masker' ini. Jom, cuba!
 
Bahan asalnya ESP+ ALFALFA+ VITA E ya!
Rasa sejuk masa mula ditepek kt muka, BEST!


Hasilnya, NO MORE BLACKHEADs!! tak perlu lagi 'porepack'. Hihi
























Ha, siapa yang tak teruja kan?! Jangan lupa cuba tau. Oh, ya! sekiranya anda perlukan bahan-bahannya seperti di atas boleh dapatkannya dengan menghubungi saya ya.

Hah, ni momok jadian! huhhu. Anak-anak pun takut nak dekat.Haha.


Sekian dulu, coretan dan perkongsian kali ini. Salam jumpa lagi di lain entri dengan tip-tip yang lain pula.

Salam Hannan & Hannah dari saya.

Tuesday, 7 October 2014

Menu Pengorbanan

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Alhamdulillah,  Syukur. 'Taqabbalallahu Minna Wa Minkum'. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan segala dosa kita diampunkan. Mudah-mudahan juga Allah menerima pengorbanan yang kita semua telah lakukan. Amin. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Semoga pengorbanan nabi Allah, Ibrahim a.s dan Ismail a.s menjadi pengajaran kepada kita semua. Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan. Jadi apa antara pengorbanan yang telah anda lakukan pada hari ini? Tiada lain yang lebih menggembirakan hari ini apabila masa yang berkualiti untuk keluarga dapat di manfaatkan bersama.

Semestinya hari cuti sebegini memberi ruang dan peluang buat saya, mengasah kemahiran dan bakat memasak dengan 'air tangan' sendiri buat hidangan seisi keluarga. Maklumlah, sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang hari raya memang segala bakat masakan dan kerajinan itu muncul dengan tiba-tiba. Ajaibkan?!

Sungguhpun masih lagi dalam hari menghabiskan tempoh berpantang, ianya tidak menjadi halangan buat saya. Apa yang penting adalah kepuasan dalam menyediakan 'sesuatu' buat seisi keluarga dan tetamu yang hadir. Walaupun tidaklah sehebat mana hidangan yang tersedia, tetapi syukurlah. Paling memberi kepuasan pada si tukang masak, apabila hidangan yang disediakan habis dan licin tanpa pembaziran. Wah, hebat juga saya ni kan! ('angkat bakul' nampaknya). Baiklah, mari layan gambar dulu. Di lain entri akan saya kongsikan resepi menu di bawah ya.
 
Menu Raya #1
Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah Madu
Menu Raya #2
Mee Jawa Resepi Bonda

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semoga kita diberkati dengan kegembiraan dan kasih sayang dengan sambutan Hari Raya Qurban pada kali ini. Wassalam.


Friday, 3 October 2014

Manfaatkan Waktu Mustajab Berdoa

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Koleksi Peribadi & Carian Google
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Mari kita manfaatkan waktu ini, pada hari ini (Jumaat, 03 Oktober 2014) merupakan hari ketika mana para Jemaah Haji melakukan Wukuf di Arafah iaitu bersamaan 09 Zulhijjah 1435H. Pada waktu ini, kita dianjurkan memperbanyakkan doa, baik bagi jamaah Haji mahu pun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak menunaikan ibadah haji. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
 
'خير الدعاء دعاء يوم عرفة'
“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Di sahihkan Al-Albani dalam Shahih At Tirmidzi)

 
Ayuh, kejar peluang ini. Tadahkan tangan, meratap dan merayulah kita selaku hambaNya. In sha Allah, mudahan dimakbulkan. Pastinya yang terbaik buat kehidupan di dunia mahu pun di akhirat kelak. Semoga doa yang dikirim terus kepada mama dan papa di Arafah sana turut tak terkecuali. Kami anak-anaknya di sini sering mendoakan kalian mama dan papa serta Jemaah Haji yang lainnya berada dalam lindungan kesihatan yang baik dan dipermudahkan selama mana urusannya di sana dan berjalan lancarlah hendaknya. Amin.
 
Rindukan Mereka.
Haji Ismail & Hajjah Rokiah

Salam Hannan & Hannah dari saya.


Thursday, 2 October 2014

Ini Protin Bukan Sebarang Protin, Ini Protin Tinggi Kualiti.

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Shaklee Malaysia
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Apakah kelebihan dan kebaikan protin? Pengambilan protin dapat membantu dalam menghasilkan sel baru dengan menyingkirkan sel mati dan sel lama dalam tubuh kita. Badan kita terdiri daripada sel. Daripada sel membentuk tisu. Kemudian, daripada tisu membentuk organ. Daripada organ membentuk sistem.
 
Sel >> Tisu >> Organ >> Sistem
 
Protin merupakan makanan kepada sel. Sekiranya sel mendapat cukup protin ditambah dengan protin yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk bagi menggantikan sel yang lama dan mati. Keperluan protin yang mencukupi dikatakan sebagai kunci kesihatan yang optimum. Bagaimana pula ingin pastikan protin pilihan kita adalah yang terbaik dan tinggi kualiti?
 
Ya, ini protin pilihan saya iaitu ESP (Soy Protein Isolate Powder) keluaran Shaklee. Maklumat lanjut tentang ESP Shaklee di sini.
 
Pengambilan ESP secara rutin harian, dapat memberikan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar sesuai bagi mereka yang gastrik mahupun yang ingin berdiet. Bukan itu sahaja, ESP juga sangat sesuai bagi wanita yang ingin mencantikkan kulit wajah yang kusam dan mahukan kulit yang anjal kerana protin membantu menggantikan sel lama yang telah mati pada lapisan kulit. Bagi pengalaman saya pula, sepanjang tempoh kehamilan dan menyusukan anak-anak saya, ESP sangat membantu dalam menghasilkan susu yang banyak malah mencukupi buat anak-anak saya. Alhamdulillah.
 
Ini promosi dari Shaklee Malaysia untuk bulan ini (01-31 Oktober 2014)
 
Jadi dengan adanya promosi istimewa daripada Shaklee pada bulan ini iaitu dengan setiap pembelian 6  canister ESP akan diberikan percuma 1 canister ESP. Sudah pasti sangat menarik, dan saya tidak akan lepaskan peluang untuk memborongnya kali ini. Bagi anda sesiapa jua yang mahu mencuba atau sama-sama mahu menikmati rasa ESP yang enak dan lazat penuh kebaikan ini dengan tawaran dan harga yang istimewa, boleh dapatkan menerusi saya juga. 
 
Salam Hannan & Hannah dari saya.

Wednesday, 1 October 2014

Makanan Dalam Berpantang

Teks : Iszuraini Ismail

Syukur, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
 
Hari ini masuk hari ke-21 tempoh berpantang setelah saya selamat melahirkan cahaya mata ke-4 kami, pada 11 September 2014 yang lalu. Sekali lagi syukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan saya kali ini saat melahirkannya. Benar kata orang, setiap kelahiran itu memberikan pengalaman yang berbeza pada setiap ibu.
 
Sungguhpun ini merupakan kelahiran yang ke-4 pada saya, namun pengalaman dan ujian yang Allah berikan sejak mula hamil kali ini, sangat berbeza berbanding tiga pengalaman awal sewaktu anak-anak saya yang terdahulu. Hanya kehamilan ke-4 ini yang memberikan pengalaman rasa muntah dan loya selama 3 bulan. Hanya kehamilan ke-4 ini yang saya kategorikan sebagai lewat waktu bersalin berbanding saat kelahiran kakak dan abang-abangnya. Masakan tidak, ketiga-tiga anak saya yang terdahulunya memberikan saya pengalaman di 'labour room' yang sangat singkat. Boleh dikatakan hanya mengambil tempoh tiga ke empat jam rasa sakit. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya turut diberi kesenangan dan dipermudahkan saat melahirkan anak yang ke-4 ini di samping suami yang menemani saya sepanjang sembilan jam di 'labour room'.
 
Selama tempoh berpantang kali ini juga, saya hanya berpantang di rumah sendiri tanpa bantuan ibu sendiri sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Selalunya, andai berpantang dengan ibu sendiri, beliaulah yang akan menyediakan menu berpantang untuk anaknya ini. Saya juga bolehlah bermanja-manja dan minta apa sahaja daripada beliau. Namun tidak untuk tempoh berpantang kali ini. Kedua-dua; mama dan papa, dijemput dengan panggilan 'Labbaikallah' ke Tanah Suci, Mekah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini. Semoga mereka berdua perolehi Haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan mereka selama berada di sana. Semoga selamat pulang kembali ke tanah air dengan selamatnya. Ah, tak sabar rasanya nak jumpa mereka pada 14 Oktober 2014 ini kelak.
 
Apa makanan dalam berpantang yang baik dan berkhasiat? Apa menunya? Bagaimana cara masakannya? Ya, perlu diingatkan makanan mereka yang dalam berpantang itu seharusnya yang berkhasiat. Baik untuk si ibu mahupun bayi yang sedang disusukan. Alhamdulillah, walaupun dalam pada saya berpantang sendiri kali ini saya masih beringat dan seringkali diingatkan oleh teman-teman dan adik-beradik yang lain agar jaga pemakanan selain daripada rutin berpantang yang lain.
 
Mari, saya kongsikan antara pemakanan sampingan yang harus dan wajib diambil oleh saya bermula seawal bangun pagi.
 
Rutin Pagi :
  • Sebelum sarapan : Sebiji ZINC COMPLEX.
  • Sewaktu bersarapan : Minum segelas ESP beserta minuman kegemaran saya antaranya Horlicks, Vico, Oat dicampur juga dengan Kurma.
  • Selepas sarapan : Sebiji VITALEA, Sebiji VITA C PLUS, Sebiji B-COMPLEX.
Rutin Tengahari :
  • Selepas makan tengahari : Sebiji OMEGA GUARD dan Sebiji GLA COMPLEX.
Rutin Malam :
  • Selepas makan malam : Empat biji OSTEMATRIX.
  • Sebelum tidur : Minum segelas ESP dengan minuman kegemaran sertimana di atas.
Wah, banyak pula setelah disenaraikan sebegitu. Jangan bimbang, saya akan pastikan tubuh saya diseimbangkan dengan pengambilan air masak ataupun air kosong sebanyak 2 ke 3 liter air sehari. Ingin tahu tip pengambilan air masak yang secukupnya dalam sehari? Nanti saya akan kongsikan tip dan caranya ya. Oh, akan saya kongsikan juga khasiat bagi setiap satu vitamin yang saya ambil seperti di atas tadi ya.
 
Sehingga di sini dahulu. Salam Hannan & Hannah dari saya.

Pengenalan Diri

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Salam perkenalan buat anda semua. Nama penuh saya Iszuraini Binti Ismail. Lebih mesra dengan panggilan Nini ataupun Isz dan Iszu. Seorang isteri dan mama kepada 4 orang anak. Dilahirkan pada 22 Julai 1983 di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan rendah dan menengah yang juga di sekitar Kuala Lumpur dan di daerah negeri Selangor. 
 
Saya menyambung pelajaran ke peringkat Matrikulasi Perakaunan di Kolej Shahputra-Pekan, Pahang dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Di bumi Sintok, Kedah ini jugalah saya bertemu jodoh saya iaitu suami saya yang kini dan untuk selamanya. In sha Allah.
 
Alhamdulillah kami selamat dinikahkan pada 26 Disember 2008 dan kini masuk tahun ke-6 kami melayari bahtera rumahtangga dengan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Hannan Nusaybah, Haddad Haidar, Hayyan Haq dan Hannah Thuwaybah. Saya kini sedang berpantang melahirkan anak yang ke-4 dalam kiraan hari yang ke-21.
 
Mula mendapat pekerjaan sebagai 'Penolong Pengurus' pada Jun 2006 di sebuah bank di Kuala Terengganu dan berkhidmat selama 3 tahun di sana. Kemudiannya berpindah ke cawangan bank yang sama di Miri, Sarawak pada Februari 2010 selepas habis berpantang anak yang pertama.
 
Tuntutan kerjaya sebagai seorang pegawai bank memang agak mencabar. Ditambah lagi dengan urusan rumah tangga yang memerlukan saya membahagikan masa untuk suami dan anak-anak. Hidup di perantauan berjauhan dengan keluarga membuatkan saya ingin lebih berdikari membesarkan anak-anak di hadapan mata sendiri. Alhamdulillah hasrat saya untuk berhenti kerja pada Julai 2013 disokong oleh suami.

Sebenarnya hasrat saya ingin berhenti kerja sudah pun terdetik semenjak awal saya mula berkenalan dengan 'SHAKLEE'. Bermula pada Ogos 2011 ketika saya masih menyusukan anak yang ke-2. Perniagaan Shaklee yang pada awalnya hanya dijalankan separuh masa pada ketika itu, mula menampakkan hasil dan minat yang mendalam pada diri saya tentang perniagaan. Bertitik tolak dari situlah, saya mula memasang niat untuk menjadi seorang 'WAHM'. Kini, sasaran saya selepas berhenti kerja adalah ingin menjana pendapatan lima angka seterusnya mencapai tahap kebebasan kewangan melalui perniagaan Shaklee. Segalanya tidak mustahil bagi saya. Doakan saya berjaya mencapai impian ini.

Justeru melalui penulisan saya di blog ini, akan saya kongsikan segala tip dan panduan antaranya mengenai kesihatan, kecantikan, penyusuan dan kehamilan menurut pengalaman, minat dan pembacaan saya. Semoga ianya dapat memberi manfaat dan motivasi buat kita semua disamping menambahbaik penulisan saya dari semasa ke semasa.

Sekian sahaja, serba sedikit mengenai kisah saya.

Salam Hannan & Hannah dari saya.

Aidilfitri 2014 / Syawal 1435H
Ketika ini mama mengandungkan baby Hannah, 32 minggu (8 bulan)