Thursday 26 February 2015

Minuman Isotonik Buat Penghilang Dahaga Dalam Cuaca Panas

Assalamualaikum wbt.
 
Berjaga-jaga. Musim panas sekarang ni ya.

Semalam balik dari sekolah, kakak (hannan) dan abang (haddad) masuk kereta terus beritahu yang cikgu pesan; "kena minum air masak banyak-banyak, supaya tak kena demam sebab sekarang cuaca sangat panas".
 
Betul kan? Dah jarang-jarang sangat hujan. Andai turun pun sekejapan sahaja. Sekadar membasahai bumi dan rahmat buat tumbuhan, binatang dan hidupan lain di muka bumi Allah ini. Maka, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan paling kesian pada anak-anak kecil. Kalau bole kurangkan aktiviti di luar.
 
Jadi, mama kenalah bersiap sedia sekarang ini dengan stok Performance Drink (PD) dekat rumah. Sebagai minuman isotonik yang dapat mengekalkan cecair dalam badan terutama ketika musim panas. Sangat 'refreshing' dan memberi tenaga.
 
Dibancuh sejuk memang kegemaran budak-budak ni. Memang sedap!
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, Feb' 15 (1 point)
SID No. : 858780
iszurainiismail.blogspot.com
 
 

Tugasan Ekstra di Penghujung Malam

Assalamualaikum wbt.
 
Selamat malam bagi yang sudah pun beradu. Selamat awal pagi pula buat yang masih belum tidur seperti saya. Hehe.
 
Ini malam kita ada kerja ekstra nak kena buat. Bak kata omputeh - Overtime. Bukanlah kerja berat pun tetapi kerja paling mudah namun agak payah hendak mencari kelapangan waktu sebenarnya.
 
Bagi saya, kerja-kerja 'stamping' ke atas 'flyers', 'consignment note' poslaju seperti itu memang tidak dapat nak dibuat pada waktu siang-siang hari. Maklumlah, ramai sangat pembantunya nanti. Jadi, memang hanya dapat dibuat dalam masa bertenang sebegini sahaja. Daripada dua jam punya kerja dapat siap dalam masa setengah jam sahaja.
 
Alhamdulillah hampir selesai pun.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, Feb' 15 (1 point)
SID No. : 858780
Fhone No. : 017-677 2416
iszurainiismail.blogspot.com

 

Sunday 22 February 2015

Shaklee 59 tahun

[Fakta] : Latar Belakang Syarikat
 
Shaklee adalah peneraju dalam bidang suplemen nutrisi dan juga industri MLM.
 
Dalam industri MLM sahaja, Shaklee sudah bertahan selama 59 tahun semenjak ia mula ditubuhkan pada tahun 1956. Iaitu setahun awal daripada tahun kemerdekaan negara kita.
Ini membuktikan Shaklee antara satu-satunya syarikat MLM yang masih wujud sehingga ke hari ini.
 
Bukan sahaja sekadar masih wujud, malah Shaklee pernah menerima anugerah 'Super Excellent Brand' ke atas kajian dan produk-produk yang dikeluarkan.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, Feb' 15 (1 point)
SID No. : 858780
017-6772416
iszurainiismail.blogspot.com
 

Thursday 19 February 2015

Tanda tanda awal Diabetes

6 tanda awal Diabetes!!
 
Sila semak dan pastikan anda tiada tanda-tanda berikut. Amalkan gaya hidup sihat.
 
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor Feb 15' (1 point)
SID No. 858780
Tel : 017-677 2416