Monday 14 September 2015

Peluang Mendapatkan Multivitamin Seusia 100Tahun Secara Percuma

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail
 

Korang Tau Tak?

Multivitamin Vitalea ni sememangnya multivitamin yang tertua di dunia seusia 100tahun sejak ia mula diformulasikan pada tahun 1915.




 P/S: Istimewa Mei - Oktober 2015! PERCUMA! Sebotol VITALEA buat anda yang berminat nak menjadi ahli. Sign up Mei - Oktober 2015 sahaja! Jangan lepaskan peluang.

Korang Tau Tak? Fungsi Vitamin C

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail
 
Korang Tau Tak?
 
Jerebu yang semakin teruk harini akan membuatkan rasa yang sangat tidak selesa pada salur pernafasan dan pemandangan kita akibat daripada pencemaran asap, debu, habuk dan lain-lain.
 
Justeru, mari kita telan Vitamin C yang dijamin dapat melegakan inflamasi, menentang infeksi dan radikal bebas.
 
Semoga kita semua berterusan dalam lindungan kesihatan yang baik-baik sahaja.
 
Tip Sihat : Ambil Vitamin C dan banyakkan minum air kosong.
(Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
 
 

Friday 28 August 2015

Menghilangkan Kesan 'Stretch Marks' Dengan Krim Pelbagaiguna Shaklee (Herbal Blend Cream)


Gambar dan Teks : Iszuraini Ismail
 
Salam sejahtera semua.
 
Ini antara produk krim terbaik yang pernah saya cuba dan sentiasa ada dalam simpanan kecemasan di rumah.
 
Siapa pernah ada kesan luka atau melecet mahupun 'stretch marks' sewaktu mengandung dan selepas bersalin?
 
Ini dia, perkongsian testimoni dan sebagai penyelesaian terbaik bagi mengurangkan gatal-gatal dan 'stretch marks' anda!
 
Cubalah herbal blend cream hari ini, esok dan selamanya. Pasti tiada penyesalan.
 
Sesuai sangat untuk menghilangkan parut manja yang degil dan tidak hilang setelah sekian lama.
 
Herbal blend cream menggunakan bahan-bahan yang selamat tanpa paraben dan lain-lain bahan kimia terlarang.
 
 Selamat untuk ibu-ibu yang mengandung, menyusu dan juga bayi kecil anda.
 
 
Jom, dapatkannya sekarang. Hubungi saya untuk pesanan dan info lanjut;
 
Iszuraini Ismail
SID No. 858780
+60.017.677.2416
 

 

Nini Pengedar Sah Shaklee Anda di Sekitar Ampang, Ulu Klang, KLCC, Bangi dan Seluruh Malaysia

Gambar & Teks : Iszuraini Ismail
 
Salam Tengahari buat semua. Buat suri bekerjaya Alhamdulillah sampai masa untuk berehat seketika dari meja kerja dan tiba masa untuk mengisi kekosongan perut sambil mengisi masa terluang lebih kurang dalam satu ke dua jam bersama rakan-rakan sekerjaya. Sementara yang kaum musliminnya ke masjid menunaikan solat jumaat pada ketika ini. Moga urusan kita dipermudahkanNya. Amin.
 
MashaAllah, rindu pula kenangan lama bersama rakan-rakan sepejabat lama dulu baik yang di Terengganu mahupun di Miri ketika ini. Semoga kalian elok-elok sahaja ya! InshaAllah.
 
Manakala, saya ketika ini baru sahaja pulang dari menyelesaikan urusan pesanan pelanggan-pelanggan tersayang serta pesanan daripada rakan dan jiran terdekat. Alhamdulillah urusan berjalan lancar sehingga ke waktu ini. Andai ada masa terluang petang-petang nanti akan saya buat penghantaran terus (COD) kepada kalian, dan urusan penghantaran ke pejabat pos. Sudah pastinya mereka tidak sabar menantikan produk kegemaran sebahagian penduduk Malaysia ini sampai ke pangkuan mereka. Hehe. Sabar menanti ya!
 
Jom, kita intai-intai sikit barangan pesanan untuk hari ini.
 
 
Wah, panas-panas lagi barang-barang ini ya. Sekejap lagi dah lesap. Hehe. Apapun InshaAllah rezeki masing-masing dan saya hanya melaksanakan tugas saya selaku konsultan anda dan sedang cuba memberikan khidmat terbaik buat anda, pelanggan-pelanggan saya. Amin. InshaAllah.
 
Salam kasih sayang Hannan dan Hannah daripada saya. Wasalam.
 
 
 

 

Thursday 27 August 2015

Inginkan Resepi 'Buttercake' / Kek Mentega yang Lembut-Gebu? Nah! Mesti Cuba

Gambar & Teks : Iszuraini Ismail
 
Assalamulaikum wbt.
 
Syukur Alhamdulillah di atas nikmat perjalanan hidup yang indah dan masih lagi dapat bernafas di bumi Allah sehingga ke hari ini. Sekian lama juga tidak saya coretkan sebarang cerita dan perkongsian tips kepada pembaca sekalian, aduh terasa alangkah ruginya pula peluang yang ada tidak diambil sebaik-baiknya. Semoga kita tidak lagi dalam golongan yang hidupnya sia-sia sahaja. Namun, andai ianya telah berlaku jadikanlah ianya pengajaran dalam hidup untuk kita teruskan kehidupan yang lebih baik bagi menempuhi hari-hari yang mendatang.
 
Jom, dengan semangat baru yang datang membara sejak akhir-akhir ini izinkan saya mulakan dengan perkongsian resepi yang saya dapat daripada seorang sahabat iaitu membuat kek mentega atau lebih biasa kita sebut 'buttercake' (amboi, lebih suka lidah yang terbelit dengan bahasa 'omputih' ye! hehe.)
 
Sebenarnya resepi ini sudah lama tersimpan. Namun, apa kan daya hanya semalam baru keinginan beserta kerajinan itu datang dan terus sahaja saya buat tanpa berlengah. Entah dari mana pula datang kerajinannya sebegitu rupa. Kebetulan pula, bahan yang ada juga cukup-cukup untuk saya mulakan kembali minat membakar kek ini. Apa pun Alhamdulillah menjadi juga dari segi rupanya dan rasanya kek yang dibuat pertama kali ini.
 
Baiklah, jom lihat dulu resepinya :-
 
 
 
Mudah sahaja kan? Ya, wajib cuba tau sungguh tak kan menyesal..! Memang lembut dan gebu jika betul kaedahnya seperti di atas.
 
Nah, ini pula hasil yang menjadi oleh air tangan saya. Sangatlah lembut dan gebu. Oh, ya mungkin saiz hidangan saya kelihatan lebih besar sebab saya menggandakan kesemua bahan-bahannya tadi.
 
 
Enak sangat kot! Bukan saya seorang sahaja yang kata, tapi ini dia peminat setia masakan saya.
 
 
 Terlihat kelembutan lantas keenakkannya oleh peminat kecil ini kan. 'Yes, I am a happy mama!' Alhamdulillah..
 
Sila cuba tau. Sekian, wassalam.
 
Salam Hannan dan Hannah buat semua. Sehingga jumpa di lain entri.

Thursday 4 June 2015

Multivitamin Pertama Dunia. Vitalized Minerals = VITAMIN

Teks : Iszuraini Ismail

Assalamualaikum w.b.t,

Ada yang masih tercari-cari atau belum mencuba mana-mana MULTIVITAMIN? Dapatkannya sekarang!

Mulakan dengan VITALEA. Multivitamin  pertama di dunia yang telah diformulakan pada 1915 dan kini berusia 100 tahun yang telah banyak memberikan manfaat kehidupan lebih baik pada manusia sedunia.

Istimewa Mei - Oktober 2015! PERCUMA! Sebotol VITALEA buat anda yang baru nak menjadi ahli. Sign up Mei - Oktober 2015 sahaja! Jangan lepaskan peluang.

Info/Order : Iszuraini Ismail
Sms/wa : 017.677.2416

Tip Sihat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.
Selang beberapa hari sahaja lagi kita nak sambut bulan ramadhan. Harini dah pun 4 jun. Ada dalam kurang dua minggu lagi untuk kita mulakan ibadah berpuasa selama sebulan.
Namun, ada juga segelintir di kalangan kita yang sudah pun mula berpuasa ganti, puasa sunat dan ada yang sedang buat persediaan untuk puasa ramadhan tak lama nanti.
Ibu-ibu biasalah, ada yang sudah mula sibuk mencari menu bersahur dan berbuka. Tidak ketinggalan ada yang sudah set kan jadual ibadah mereka, mengurangkan aktiviti-aktiviti lasak dan kerja-kerja luar.
Apakata cuba yang ini pula. Rasai kelainan berpuasa anda kalini. Cuba tip sihat Ramadhan anda kali ini dengan Shaklee!
InshaAllah lebih bertenaga dan memudahkan urusan ibadah berpuasa anda dan ibadah sunat lainnya. Yang penting sekali, pastinya sihat. Membantu mencukupi nutrien harian anda!
Jom order!
Info / Order: Iszuraini Ismail
sms / wa : 017.677.2416

Wednesday 13 May 2015

Sabar Dalam Berusaha

Assalamualaikum, Pagi! 😘

[Motivasi]

Didiklah hati untuk terus BERSABAR DALAM BERUSAHA.

Orang yang bersabar, terus berusaha, dan berserah padaNya dengan sepenuhnya kelak akan ada khabar gembira buatnya dan itu pasti!

Thursday 2 April 2015

Istimewa April 2015

SHAKLEE: Apr'15 Promo,
"Beli 7 botol pada harga 6"
-GLA &
-Lecithin,
"Beli 2 dan dapat diskaun 5%"
-GLA &
-Lecithin,
Beli 4 botol pada harga 3'
-DTX complex,
-Vita-Lea for Children,
-Cinch Shake Mix Chocolate &
-Cinch Shake Mix Cafe Latte.
Dapatkan sekarang!
Terima kasih.
Iszuraini Ismail
Coordinator May'15
SID No. : 858780
pm/w.a/sms : 017-677 2416

Monday 30 March 2015

Persediaan GST, stok sampul poslaju, hadiah ekslusif buat pelanggan istimewa!

Teks dan gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Tadi sempat menyinggah sekejap ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Pusat Kraf, Jalan Conlay. Ternampak ada kaunter poslaju. Terus teringat stok sampul pos pra-bayar kita dah banyak habis baru-baru ni.
 
Elok pulak promosi berakhir sampai esok. Beli sekian sampul dapat percuma 2 sampul. Beli sekian sampul dapat percuma lagi satu sampul.
 
Terus borong banyak. Ditambah lagi dengan barangan lain yang percuma. Terima kasih abang kaunter yang baik hati. Hehe. Dapat pula dua botol air dan lagi dua buah buku nota kecil. Siapa tak suka dapat barangan percuma kan? Rasa sangat bertuah dan berbaloi membeli. Huhu.
 
Untuk pelanggan istimewa saya, pastinya ada yang ekslusif juga bakal menanti anda. Jangan dirisaukan sangat tentang harga GST tu semua. Kenaikannya memang kita tak mampu hendak tolak namun yang penting kita usahakan dapat harga yang mampu milik buat semua.
 
Yang penting kita nak sihat kan? InshaAllah. Kita ikhtiarkan apa yang patut ya!
Salam kasih sayang untuk semua.
 
Wasalam.
 
 
Iszuraini Ismail
Coordinator May'15 (3 points)
SID No. : 858780
sms/wa/pm : +6017-677 2416
 

Wednesday 25 March 2015

Resepi Milk Booster Buat Ibu-ibu Yang Menyusu

Assalamualaikum w.b.t,
 
Sebelum masuk beradu, saya hendak kongsikan resepi milk booster kegemaran saya yang satu ni. Setiap malam memang wajib buat.
 
Resepinya:-
 
• Sesudu ESP.

• 2 biji Kurma yang telah dibuang bijinya.
• 4 biji OsteMatrix.


Cara-caranya:-
 
• Segelas air suam dibancuh bersama sesudu ESP tadi dan direndamkan bersama 2 biji kurma.
 
• Sebelum satu-dua teguk yang terakhir silalah telan 4 biji OsteMatrix itu dengan campuran ESP dan kurma tadi.
 
• Akhir sekali, jangan dibuang ya kurma-kurma tadi. Sila makan dan nikmatinya sehingga kunyahan terakhir.

 
Hasilnya:-
 
• InshaAllah susu meriah.

• Tempoh penyusuan anak juga tidak lama. (Anak tidak selalu mengempeng).
• Dapat buat stok susu pada waktu tengah malam.


Selamat mencuba ya!
 
Ok, selamat malam.
 
p/s:- Anakku Hannah Thuwaybah, tersedia sudah hidangan lazat lagi berkhasiat buatmu nak. Alhamdulillah. Masih diberi rezeki meneruskan penyusuan sehingga kini bulan ke-6 usianya. Semoga mama cekal dan cukup rezeki buatmu sehingga masanya. Amin.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor (Mac'15)
SID No. : 858780
pm / sms / wa : 017-677 2416
 
 

Monday 23 March 2015

Pendapatan Sampingan Buat Suri Rumah

Assalamualaikum w.b.t,
 
Phew! baru dapat nak berehat. Selesai membeli barang keperluan dapur harini. Alhamdulillah. Esok anak-anak pula sudah mulakan hari persekolahan. Sepi sekejap siang-siang hari ku. Eh, tidaklah juga. Yang budak berdua si Hannan dan Haddad pergi ke sekolah, mama tetap terhibur dengan yang lagi berdua si kecil Hayyan dan Hannah tu.
 
Ah, minggu yang sibuk bakal bermula kembali esok hari. Jadual dan perancangan sudah siap di atur. Moga urusan lebih mudah dan berjalan lancar hendaknya.
 
Amboi, suri rumah juga siap dengan jadual dan perancangan sebagainya? Aih, mesti! hehe.
Surirumah sepenuh masa pun perlukan duit pendapatan sampingan juga ya. Tidaklah terlalu berharap pada suami perlu hulur wang setiap hujung bulan kan? Kita sama-sama bantu apa salahnya. Moga lebih berkat hendaknya.
 
Jom sama-sama! Siapa yang rasa perlukan pendapatan sampingan juga tu, mari kita sama-sama rebut peluang yang ada ini.
 
Peluang yang ditawarkan oleh satu-satunya syarikat makanan tambahan terulung no.1 di Malaysia.
 
Ini antaranya:-
Shaklee menawarkan 3C yang wajib direbut:-

- CASH untung runcit dan bonus kepimpinan hingga downline ke 6.
- CAR BONUS untuk leaders yang layak.
- CONFERENCE / percutian 5 bintang ke USA 2016 atau umrah dan local hotel 5⭐️ untuk 3 hari 2 mlm.
 
Sekiranya anda berminat hubungi saya segera.
 
Sekian, salam Hannan dan Hannah buat semua tersayang.
 
Selamat malam.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, (Mac' 15)
SID No. : 858780
sms/wa : 017-677 2416

Saturday 21 March 2015

Nikmat Syukur

Assalamualaikum,
 
Semoga hari ini lebih indah dari semalam.
 
Tak lupa jurnal kesyukuran ya!
 
Senaraikan nikmat yang telah kita perolehi seawal hari ini.
 
Selamat berhujung minggu semua.
 

Thursday 26 February 2015

Minuman Isotonik Buat Penghilang Dahaga Dalam Cuaca Panas

Assalamualaikum wbt.
 
Berjaga-jaga. Musim panas sekarang ni ya.

Semalam balik dari sekolah, kakak (hannan) dan abang (haddad) masuk kereta terus beritahu yang cikgu pesan; "kena minum air masak banyak-banyak, supaya tak kena demam sebab sekarang cuaca sangat panas".
 
Betul kan? Dah jarang-jarang sangat hujan. Andai turun pun sekejapan sahaja. Sekadar membasahai bumi dan rahmat buat tumbuhan, binatang dan hidupan lain di muka bumi Allah ini. Maka, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan paling kesian pada anak-anak kecil. Kalau bole kurangkan aktiviti di luar.
 
Jadi, mama kenalah bersiap sedia sekarang ini dengan stok Performance Drink (PD) dekat rumah. Sebagai minuman isotonik yang dapat mengekalkan cecair dalam badan terutama ketika musim panas. Sangat 'refreshing' dan memberi tenaga.
 
Dibancuh sejuk memang kegemaran budak-budak ni. Memang sedap!
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, Feb' 15 (1 point)
SID No. : 858780
iszurainiismail.blogspot.com
 
 

Tugasan Ekstra di Penghujung Malam

Assalamualaikum wbt.
 
Selamat malam bagi yang sudah pun beradu. Selamat awal pagi pula buat yang masih belum tidur seperti saya. Hehe.
 
Ini malam kita ada kerja ekstra nak kena buat. Bak kata omputeh - Overtime. Bukanlah kerja berat pun tetapi kerja paling mudah namun agak payah hendak mencari kelapangan waktu sebenarnya.
 
Bagi saya, kerja-kerja 'stamping' ke atas 'flyers', 'consignment note' poslaju seperti itu memang tidak dapat nak dibuat pada waktu siang-siang hari. Maklumlah, ramai sangat pembantunya nanti. Jadi, memang hanya dapat dibuat dalam masa bertenang sebegini sahaja. Daripada dua jam punya kerja dapat siap dalam masa setengah jam sahaja.
 
Alhamdulillah hampir selesai pun.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, Feb' 15 (1 point)
SID No. : 858780
Fhone No. : 017-677 2416
iszurainiismail.blogspot.com

 

Sunday 22 February 2015

Shaklee 59 tahun

[Fakta] : Latar Belakang Syarikat
 
Shaklee adalah peneraju dalam bidang suplemen nutrisi dan juga industri MLM.
 
Dalam industri MLM sahaja, Shaklee sudah bertahan selama 59 tahun semenjak ia mula ditubuhkan pada tahun 1956. Iaitu setahun awal daripada tahun kemerdekaan negara kita.
Ini membuktikan Shaklee antara satu-satunya syarikat MLM yang masih wujud sehingga ke hari ini.
 
Bukan sahaja sekadar masih wujud, malah Shaklee pernah menerima anugerah 'Super Excellent Brand' ke atas kajian dan produk-produk yang dikeluarkan.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, Feb' 15 (1 point)
SID No. : 858780
017-6772416
iszurainiismail.blogspot.com
 

Thursday 19 February 2015

Tanda tanda awal Diabetes

6 tanda awal Diabetes!!
 
Sila semak dan pastikan anda tiada tanda-tanda berikut. Amalkan gaya hidup sihat.
 
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor Feb 15' (1 point)
SID No. 858780
Tel : 017-677 2416

Wednesday 7 January 2015

Cadangan Vitamin Tambahan Untuk Kanak-kanak

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Shaklee
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Kini kembali, satu lagi vitamin yang enak dikunyah dan sesuai bagi kanak-kanak.

 

Memang best Vitalea for Children ni. Sedap. Tiada pewarna. Tiada pemanis tiruan. Sedap dikunyah. Sebagai pengganti gula-gula sesuai buat kanak-kanak. Ibu-ibu kalau nak makan jugak boleh. 100% nutrisi lengkap buat si kecil yang cerewet tentang pemakanan.

Anak-anak saya dah cuba, memang kegemaran mereka. Siap cakap " Sedaplah, lepas ni tak payah beli gula-gula dah tau, mama." Okay lepas ni mama belanja seorang satu sebotol Vitalea for Children ya. Untung! sebab bulan ni ada promosi setiap pembelian 3 botol percuma 1 botol.



Istimewa bulan ini sahaja. Dengan setiap pembelian 3 botol, percuma 1 botol. Harga pasaran rm111. Nak dapatkan harga istimewa lagi sila hubungi saya. Memang tak rugi beli. Sebiji pil baru bernilai rm1 lebih. Pelaburan yang berbaloi untuk anak-anak membesar dengan sihat dan ceria.
3 botol anak-anak makan. 1 botol lagi, mama dan abah makan. Hehe! 

Monday 5 January 2015

Tip Detoks Badan

5 supplemen yang membantu mendetokskan/ mencuci satu badan : -

• Vivix
• Alfalfa
• Garlic
• Phytocol
• Herblax

Nota kaki:- sebelum pengambilan sebarang jenis supplemen seeloknya badan didetokskan terlebih dahulu dgn supplemen-supplemen di atas agar tubuh dapat membantu penyerapan nutrisi dgn lebih baik.

Friday 2 January 2015

Manisnya Cinta Di Cappadocia

Teks dan Gambar : Iszuraini Ismail
 
'Manisnya Kenangan Sewaktu di Cappadocia'. Amboi, tajuk entri dah nak sama dah macam tajuk movie ya. Hehe.
 
Okay, sebenarnya sebab pertama memang tengah terkenangkan trip melancong yang sangat seronok macam di Turkey tempoh hari. Ya lah terasa dah lama juga ni tidak melancong ke mana-mana semenjak berhenti kerja tahun lepas. Ditambah pula dengan sibuk berpindah dari Miri ke KL, mengandung, melahirkan dan sehinggalah berpantang. Oh, lagipun kekangan kewangan jugak la rasanya. Huhu.
 
Antara sebab yang keduanya, dalam pada asyik melayan sangat cerita #facinguptofazura kat MTV Chanel sekarang ni, maka terjebak jugalah saya nak menonton wayang cerita 'Manisnya Cinta di Cappadocia" yang sedang dimainkan di pawagam. Namun, apakan daya belum berkesempatan nampaknya.
 
Jadi tak mengapalah, kita saja layan gambar yang telah berjaya di collagekan ni. Ok, layan..
 

Thursday 1 January 2015

Multivitamin Untuk Kanak-Kanak

Vitalea For Children.
60biji tablet boleh dikunyah.
 
Kini kembali, multivitamin dan multimineral untuk tumbesaran sihat anak-anak. Telah diperbaharui dan dipertingkat dengan 19 jenis vitamin terbaik.
 
Sesuai untuk tumbesaran tulang dan gigi anak-anak. Meningkatkan kecerdasan. Menjadikan anak sihat, kekal ceria. Pilihan yang baik untuk anak-anak yang tidak makan sayur dan cerewet tentang pemakanan.
 

Selamat Datang 2015!

Selamat tahun baru 2015! Semoga tahun 2015 ini memberi sinar lebih baik buat kita semua. Semoga kita semua bertambah matang sesuai degan pertambahan usia kelak.
Harapan saya agar 2015 ini menjadi rezeki buat saya terus kekal meningkat dalam perniagaan yang saya sedang usahakan sekarang. Mudahan terus maju dan lebih konsisten dalam menguruskan masa. InshaAllah.
 
Semoga tahun 2015 lebih baik berbanding tahun semalam.