Thursday 27 August 2015

Inginkan Resepi 'Buttercake' / Kek Mentega yang Lembut-Gebu? Nah! Mesti Cuba

Gambar & Teks : Iszuraini Ismail
 
Assalamulaikum wbt.
 
Syukur Alhamdulillah di atas nikmat perjalanan hidup yang indah dan masih lagi dapat bernafas di bumi Allah sehingga ke hari ini. Sekian lama juga tidak saya coretkan sebarang cerita dan perkongsian tips kepada pembaca sekalian, aduh terasa alangkah ruginya pula peluang yang ada tidak diambil sebaik-baiknya. Semoga kita tidak lagi dalam golongan yang hidupnya sia-sia sahaja. Namun, andai ianya telah berlaku jadikanlah ianya pengajaran dalam hidup untuk kita teruskan kehidupan yang lebih baik bagi menempuhi hari-hari yang mendatang.
 
Jom, dengan semangat baru yang datang membara sejak akhir-akhir ini izinkan saya mulakan dengan perkongsian resepi yang saya dapat daripada seorang sahabat iaitu membuat kek mentega atau lebih biasa kita sebut 'buttercake' (amboi, lebih suka lidah yang terbelit dengan bahasa 'omputih' ye! hehe.)
 
Sebenarnya resepi ini sudah lama tersimpan. Namun, apa kan daya hanya semalam baru keinginan beserta kerajinan itu datang dan terus sahaja saya buat tanpa berlengah. Entah dari mana pula datang kerajinannya sebegitu rupa. Kebetulan pula, bahan yang ada juga cukup-cukup untuk saya mulakan kembali minat membakar kek ini. Apa pun Alhamdulillah menjadi juga dari segi rupanya dan rasanya kek yang dibuat pertama kali ini.
 
Baiklah, jom lihat dulu resepinya :-
 
 
 
Mudah sahaja kan? Ya, wajib cuba tau sungguh tak kan menyesal..! Memang lembut dan gebu jika betul kaedahnya seperti di atas.
 
Nah, ini pula hasil yang menjadi oleh air tangan saya. Sangatlah lembut dan gebu. Oh, ya mungkin saiz hidangan saya kelihatan lebih besar sebab saya menggandakan kesemua bahan-bahannya tadi.
 
 
Enak sangat kot! Bukan saya seorang sahaja yang kata, tapi ini dia peminat setia masakan saya.
 
 
 Terlihat kelembutan lantas keenakkannya oleh peminat kecil ini kan. 'Yes, I am a happy mama!' Alhamdulillah..
 
Sila cuba tau. Sekian, wassalam.
 
Salam Hannan dan Hannah buat semua. Sehingga jumpa di lain entri.

No comments:

Post a Comment