Friday 28 August 2015

Nini Pengedar Sah Shaklee Anda di Sekitar Ampang, Ulu Klang, KLCC, Bangi dan Seluruh Malaysia

Gambar & Teks : Iszuraini Ismail
 
Salam Tengahari buat semua. Buat suri bekerjaya Alhamdulillah sampai masa untuk berehat seketika dari meja kerja dan tiba masa untuk mengisi kekosongan perut sambil mengisi masa terluang lebih kurang dalam satu ke dua jam bersama rakan-rakan sekerjaya. Sementara yang kaum musliminnya ke masjid menunaikan solat jumaat pada ketika ini. Moga urusan kita dipermudahkanNya. Amin.
 
MashaAllah, rindu pula kenangan lama bersama rakan-rakan sepejabat lama dulu baik yang di Terengganu mahupun di Miri ketika ini. Semoga kalian elok-elok sahaja ya! InshaAllah.
 
Manakala, saya ketika ini baru sahaja pulang dari menyelesaikan urusan pesanan pelanggan-pelanggan tersayang serta pesanan daripada rakan dan jiran terdekat. Alhamdulillah urusan berjalan lancar sehingga ke waktu ini. Andai ada masa terluang petang-petang nanti akan saya buat penghantaran terus (COD) kepada kalian, dan urusan penghantaran ke pejabat pos. Sudah pastinya mereka tidak sabar menantikan produk kegemaran sebahagian penduduk Malaysia ini sampai ke pangkuan mereka. Hehe. Sabar menanti ya!
 
Jom, kita intai-intai sikit barangan pesanan untuk hari ini.
 
 
Wah, panas-panas lagi barang-barang ini ya. Sekejap lagi dah lesap. Hehe. Apapun InshaAllah rezeki masing-masing dan saya hanya melaksanakan tugas saya selaku konsultan anda dan sedang cuba memberikan khidmat terbaik buat anda, pelanggan-pelanggan saya. Amin. InshaAllah.
 
Salam kasih sayang Hannan dan Hannah daripada saya. Wasalam.
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment