Monday 30 March 2015

Persediaan GST, stok sampul poslaju, hadiah ekslusif buat pelanggan istimewa!

Teks dan gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Tadi sempat menyinggah sekejap ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Pusat Kraf, Jalan Conlay. Ternampak ada kaunter poslaju. Terus teringat stok sampul pos pra-bayar kita dah banyak habis baru-baru ni.
 
Elok pulak promosi berakhir sampai esok. Beli sekian sampul dapat percuma 2 sampul. Beli sekian sampul dapat percuma lagi satu sampul.
 
Terus borong banyak. Ditambah lagi dengan barangan lain yang percuma. Terima kasih abang kaunter yang baik hati. Hehe. Dapat pula dua botol air dan lagi dua buah buku nota kecil. Siapa tak suka dapat barangan percuma kan? Rasa sangat bertuah dan berbaloi membeli. Huhu.
 
Untuk pelanggan istimewa saya, pastinya ada yang ekslusif juga bakal menanti anda. Jangan dirisaukan sangat tentang harga GST tu semua. Kenaikannya memang kita tak mampu hendak tolak namun yang penting kita usahakan dapat harga yang mampu milik buat semua.
 
Yang penting kita nak sihat kan? InshaAllah. Kita ikhtiarkan apa yang patut ya!
Salam kasih sayang untuk semua.
 
Wasalam.
 
 
Iszuraini Ismail
Coordinator May'15 (3 points)
SID No. : 858780
sms/wa/pm : +6017-677 2416
 

Wednesday 25 March 2015

Resepi Milk Booster Buat Ibu-ibu Yang Menyusu

Assalamualaikum w.b.t,
 
Sebelum masuk beradu, saya hendak kongsikan resepi milk booster kegemaran saya yang satu ni. Setiap malam memang wajib buat.
 
Resepinya:-
 
• Sesudu ESP.

• 2 biji Kurma yang telah dibuang bijinya.
• 4 biji OsteMatrix.


Cara-caranya:-
 
• Segelas air suam dibancuh bersama sesudu ESP tadi dan direndamkan bersama 2 biji kurma.
 
• Sebelum satu-dua teguk yang terakhir silalah telan 4 biji OsteMatrix itu dengan campuran ESP dan kurma tadi.
 
• Akhir sekali, jangan dibuang ya kurma-kurma tadi. Sila makan dan nikmatinya sehingga kunyahan terakhir.

 
Hasilnya:-
 
• InshaAllah susu meriah.

• Tempoh penyusuan anak juga tidak lama. (Anak tidak selalu mengempeng).
• Dapat buat stok susu pada waktu tengah malam.


Selamat mencuba ya!
 
Ok, selamat malam.
 
p/s:- Anakku Hannah Thuwaybah, tersedia sudah hidangan lazat lagi berkhasiat buatmu nak. Alhamdulillah. Masih diberi rezeki meneruskan penyusuan sehingga kini bulan ke-6 usianya. Semoga mama cekal dan cukup rezeki buatmu sehingga masanya. Amin.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor (Mac'15)
SID No. : 858780
pm / sms / wa : 017-677 2416
 
 

Monday 23 March 2015

Pendapatan Sampingan Buat Suri Rumah

Assalamualaikum w.b.t,
 
Phew! baru dapat nak berehat. Selesai membeli barang keperluan dapur harini. Alhamdulillah. Esok anak-anak pula sudah mulakan hari persekolahan. Sepi sekejap siang-siang hari ku. Eh, tidaklah juga. Yang budak berdua si Hannan dan Haddad pergi ke sekolah, mama tetap terhibur dengan yang lagi berdua si kecil Hayyan dan Hannah tu.
 
Ah, minggu yang sibuk bakal bermula kembali esok hari. Jadual dan perancangan sudah siap di atur. Moga urusan lebih mudah dan berjalan lancar hendaknya.
 
Amboi, suri rumah juga siap dengan jadual dan perancangan sebagainya? Aih, mesti! hehe.
Surirumah sepenuh masa pun perlukan duit pendapatan sampingan juga ya. Tidaklah terlalu berharap pada suami perlu hulur wang setiap hujung bulan kan? Kita sama-sama bantu apa salahnya. Moga lebih berkat hendaknya.
 
Jom sama-sama! Siapa yang rasa perlukan pendapatan sampingan juga tu, mari kita sama-sama rebut peluang yang ada ini.
 
Peluang yang ditawarkan oleh satu-satunya syarikat makanan tambahan terulung no.1 di Malaysia.
 
Ini antaranya:-
Shaklee menawarkan 3C yang wajib direbut:-

- CASH untung runcit dan bonus kepimpinan hingga downline ke 6.
- CAR BONUS untuk leaders yang layak.
- CONFERENCE / percutian 5 bintang ke USA 2016 atau umrah dan local hotel 5⭐️ untuk 3 hari 2 mlm.
 
Sekiranya anda berminat hubungi saya segera.
 
Sekian, salam Hannan dan Hannah buat semua tersayang.
 
Selamat malam.
 
Iszuraini Ismail
Eff. Sn. Supervisor, (Mac' 15)
SID No. : 858780
sms/wa : 017-677 2416

Saturday 21 March 2015

Nikmat Syukur

Assalamualaikum,
 
Semoga hari ini lebih indah dari semalam.
 
Tak lupa jurnal kesyukuran ya!
 
Senaraikan nikmat yang telah kita perolehi seawal hari ini.
 
Selamat berhujung minggu semua.