Wednesday 1 October 2014

Makanan Dalam Berpantang

Teks : Iszuraini Ismail

Syukur, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
 
Hari ini masuk hari ke-21 tempoh berpantang setelah saya selamat melahirkan cahaya mata ke-4 kami, pada 11 September 2014 yang lalu. Sekali lagi syukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan saya kali ini saat melahirkannya. Benar kata orang, setiap kelahiran itu memberikan pengalaman yang berbeza pada setiap ibu.
 
Sungguhpun ini merupakan kelahiran yang ke-4 pada saya, namun pengalaman dan ujian yang Allah berikan sejak mula hamil kali ini, sangat berbeza berbanding tiga pengalaman awal sewaktu anak-anak saya yang terdahulu. Hanya kehamilan ke-4 ini yang memberikan pengalaman rasa muntah dan loya selama 3 bulan. Hanya kehamilan ke-4 ini yang saya kategorikan sebagai lewat waktu bersalin berbanding saat kelahiran kakak dan abang-abangnya. Masakan tidak, ketiga-tiga anak saya yang terdahulunya memberikan saya pengalaman di 'labour room' yang sangat singkat. Boleh dikatakan hanya mengambil tempoh tiga ke empat jam rasa sakit. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya turut diberi kesenangan dan dipermudahkan saat melahirkan anak yang ke-4 ini di samping suami yang menemani saya sepanjang sembilan jam di 'labour room'.
 
Selama tempoh berpantang kali ini juga, saya hanya berpantang di rumah sendiri tanpa bantuan ibu sendiri sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Selalunya, andai berpantang dengan ibu sendiri, beliaulah yang akan menyediakan menu berpantang untuk anaknya ini. Saya juga bolehlah bermanja-manja dan minta apa sahaja daripada beliau. Namun tidak untuk tempoh berpantang kali ini. Kedua-dua; mama dan papa, dijemput dengan panggilan 'Labbaikallah' ke Tanah Suci, Mekah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini. Semoga mereka berdua perolehi Haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan mereka selama berada di sana. Semoga selamat pulang kembali ke tanah air dengan selamatnya. Ah, tak sabar rasanya nak jumpa mereka pada 14 Oktober 2014 ini kelak.
 
Apa makanan dalam berpantang yang baik dan berkhasiat? Apa menunya? Bagaimana cara masakannya? Ya, perlu diingatkan makanan mereka yang dalam berpantang itu seharusnya yang berkhasiat. Baik untuk si ibu mahupun bayi yang sedang disusukan. Alhamdulillah, walaupun dalam pada saya berpantang sendiri kali ini saya masih beringat dan seringkali diingatkan oleh teman-teman dan adik-beradik yang lain agar jaga pemakanan selain daripada rutin berpantang yang lain.
 
Mari, saya kongsikan antara pemakanan sampingan yang harus dan wajib diambil oleh saya bermula seawal bangun pagi.
 
Rutin Pagi :
  • Sebelum sarapan : Sebiji ZINC COMPLEX.
  • Sewaktu bersarapan : Minum segelas ESP beserta minuman kegemaran saya antaranya Horlicks, Vico, Oat dicampur juga dengan Kurma.
  • Selepas sarapan : Sebiji VITALEA, Sebiji VITA C PLUS, Sebiji B-COMPLEX.
Rutin Tengahari :
  • Selepas makan tengahari : Sebiji OMEGA GUARD dan Sebiji GLA COMPLEX.
Rutin Malam :
  • Selepas makan malam : Empat biji OSTEMATRIX.
  • Sebelum tidur : Minum segelas ESP dengan minuman kegemaran sertimana di atas.
Wah, banyak pula setelah disenaraikan sebegitu. Jangan bimbang, saya akan pastikan tubuh saya diseimbangkan dengan pengambilan air masak ataupun air kosong sebanyak 2 ke 3 liter air sehari. Ingin tahu tip pengambilan air masak yang secukupnya dalam sehari? Nanti saya akan kongsikan tip dan caranya ya. Oh, akan saya kongsikan juga khasiat bagi setiap satu vitamin yang saya ambil seperti di atas tadi ya.
 
Sehingga di sini dahulu. Salam Hannan & Hannah dari saya.

No comments:

Post a Comment