Saturday, 8 November 2014

Riadah Pagi Kisah di Hujung Minggu

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail
Assalamualaikum w.b.t,
 
Sedikit catatan di hujung minggu. Kebiasaannya hari Sabtu begini tiada aktiviti yang luar biasa berlaku bagi kami sekeluarga.
 
Bangun lewat sudah semestinya. Celik mata, bersarapan, menonton, dan keluar membeli barangan dapur. Paling tidak pun, sekiranya lengkap semua kelengkapan barangan dapur pasti ke Comeylorte, Bangi jua lah tempat kami tuju.
 
Oh ya! Comeylorte, Bangi merupakan kedai laundry dan guestroom yang kami usahakan sebagai perniagaan keluarga dan dengan harapan ianya dapat diwarisi kepada anak-anak kami suatu hari nanti. Jemput singgah mendobi dan menginap ya penduduk di sekitar Bangi. Sebarang maklumat lanjut jemput like ke fanpage kami di facebook 'Comeylorte Laundry and Guestroom'.
 
Baiklah, berbalik kepada aktiviti kami di pagi Sabtu hari ini. Sungguhpun cuaca pagi tadi hujan pada mulanya, namun ajakan suami bagi menemani beliau bersukan di pusat sukan Petronas Permata, Bangi tidak dapat tidak untuk saya menolak. Demi anak-anak yang terlebih riang sebenarnya. Terpaksa jugalah mamanya ikutkan.
 
Seronok juga sekali-sekala beriadah di hujung minggu. Walaupun lebih kepada mengawasi tingkah laku anak-anak sewaktu abahnya bersukan. Harapnya cuaca esok juga mengizinkan untuk kami beriadah di taman, KLCC pula. Badan sihat, cergas dan yang penting masa berkualiti bersama keluarga dan anak-anak.
 
Gembira walaupun penat. Pulang ke rumah perlu memasak pula. Hak penyusuan susu ibu buat si kecik, baby Hannah masih tidak mama abaikan. Tetap sempat mengepam walaupun sibuk melayan si kakak dan abang-abangnya. Alhamdulillah masih rezekinya.
Sekian dulu cerita aktiviti hari ini. Sekeping foto anak-anak riang yang sempat dirakam.
 

No comments:

Post a Comment