Teks : Iszuraini Ismail
Gambar dan Info : Shaklee Malaysia
Gambar dan Info : Shaklee Malaysia
Assalamualaikum w.b.t,
Pantang ada yang mendengar 'segera' pasti ada ibu-ibu yang cukup alergi mendengarnya. Terutama perihal pemakanan anak-anak mereka. Ketahui umum yang segera itu pastinya mengandungi bahan-bahan tidak berkhasiat, kandungan gula yang tinggi, tambahan pada bahan pengawet, malah boleh mendatangkan ketagihan pada anak-anak kecil terutamanya.
Ha, ini kelainannya antara segera yang dimaksudkan oleh Shaklee ya! Dalam kehidupan harian yang sentiasa aktif dan serba pantas ini, golongan kanak-kanak terutamanya tidak mempunyai masa yang cukup dan pilihan makanan yang benar-benar berkhasiat dan seimbang untuk dinikmati.
Oleh itu, Shaklee Mealshakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glisemik. Yang mudah disediakan, ringkas malah berkhasiat. Ini antara kandungan yang terdapat dalam Mealshakes.
• Vitamin dan mineral penting sebagai nutrien asas yang anak-anak sedang membesar dan remaja perlukan untuk terus kuat dan sihat.
• Sumber terbaik serat (fiber) pemakanan dan juga protin. Membantu percernaan dan memberi rasa kenyang.
• Sumber pekat kalsium. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
• Rendah lemak dan indeks glisemik yang rendah untuk mengekalkan berat badan ideal.
Ya, pasti ianya juga pilihan buat saya dan anak-anak saya. Cara-cara penyediaan boleh rujuk di entri sebelumnya.
Sekian, salam Hannan dan Hannah daripada saya.
No comments:
Post a Comment