Teks : Iszuraini Ismail
Assalamualaikum w.b.t,
Kisah semalam. Pertama kali dalam sejarah hidupku. Diserang demam dan menggigil kesejukan. Masha Allah dan Alhamdulillah. Dugaan buat diri barangkali. Tidak mengapa asalkan demam pada diri sendiri dan bukan pada anak-anak.
Terkadang kita sudah pastikan yang terbaik untuk diri namun kuasa Allah jua lah takdir penentu segalanya. Agak panic jugalah tiba-tiba badan rasa seram sejuk. Hendak di kata bentan sudah pun melebihi 60hari selepas bersalin tempoh hari.
Namun Alhamdulillah, selepas ke klinik dengan bacaan suhu 38°c dan dua biji panadol ku telan. Ambil masa sejam dua untuk berehat. Terasa sejuk badan dan lenguh-lenguh satu badan hampir berkurangan. Alhamdulillah.
Kalau dah mak tu tetap jugak mak-mak kan. Rehat tidak dapat nak lama. Asal kebah sedikit, hilang panas badan sudah kembali menguruskan anak-anak. Mana yang mahu disusukan. Mana yang mahu ditidurkan. Didahulukan yang mana patut didahulukan.
Saat itu mulalah terasa menghargai pengorbanan seorang ibu. Syukur mama masih ada menemani ketika ini. Bertuah kau Nini. Alhamdulillah. Terima kasih mama. Bila sakit, demam, tempat yang nak dituju pasti jua ke rumah mama walaupun dah ada rumah sendiri namun terasa lebih aman dan selesa bila mama ada menemani. Masakan yang paling mampu ditelan, masakan mama jugalah. Beruntung sangat! Itulah antara faedahnya dah kalau duduk rumah pun tak jauh daripada rumah mak. Hehe.
Semoga saya juga mampu menjadi mama yang disayangi anak-anak. Semoga jua saya mampu berkorban, mendidik dan menyayangi mereka sama-rata seadanya. Insha Allah.
Sama-sama kita doakan semoga ibu bapa kita diberi lindungan kesihatan yang baik serta mendapat limpahan kasih sayang daripada Allah, baik yang masih hidup mahupun yang telah tiada. Al-fateha.
Salam sayang. Hannan, Haddad, Hayyan dan Hannah. Mama dan Abah sangat sayangkan kamu sekalian. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Berbakti kepada agama dan bangsa. Insha Allah. Amin.
Oh, ya! Tahniah buat kakak Hannan yang perolehi keputusan cemerlang peperiksaan baru-baru ini. Nantikan sedikit reward buat kakak bersempena ulangtahun kelahiranmu 20 November 2014 yang ke-5 tahun akan datang ini sayang. Sabar menanti ya.
No comments:
Post a Comment