Teks dan gambar : Iszuraini Ismail
Assalamualaikum w.b.t, dan selamat pagi. Semoga ceria pagi ini dapat membawa keceriaan pada hari-hari yang mendatang juga.
Kesian saya. Semalam dalam asyik membelek wajah di cermin kulihat terdapat perubahan pada warna kulit. Agak gelap, kusam, kurang bermaya dan liang pori-pori agak besar telah kelihatan. Tidak boleh jadi ni. Walaupun daku hanyalah suri rumah, perlu juga bercantik-cantik. Yang penting wajah polos tanpa solekan. Natural, lebih baik begitu.
Puas dibelek, saya mencari punca apa dan kenapa sehingga begitu jadinya kulit wajah saya kini? Alhamdulillah, jenis kulit muka saya memang pada asalnya jarang bermasalah. Lainlah dahulu di zaman awal remaja. Adat remaja yang meningkat naik dengan perubahan hormon segala. Sekarang ini, masanya untuk mengekalkan keadaan kulit muka yang baik itu. Maklumlah orang bersuami. Kena jugalah jaga penampilan. Dari mata turun ke hati. Begitu kan? Hehe.
Jenuh jugalah kembali mengingatkan antara aktiviti luar yang saya pernah giatkan akhir-akhir ini. Selain daripada rutin pagi dan tengahari menghantar dan mengambil pulang suami bekerja dan anak bersekolah. Itupun dikira bukan rutin berpanas malah hanya memandu dengan berkereta.
Sudahnya barulah saya teringat akan aktiviti hujung minggu kami baru-baru ini. Apalagi kalau bukan aktiviti beriadah kami sekeluarga. Dua hari berturut berjemur dan berpanas tanpa sebarang krim pelembap mahupun pelindung uv. Nampaknya saya perlukan persediaan lebih rapi lagi terutamanya hal-hal berkaitan penampilan pada wajah saya ni. Kalau tidak, nah! lihatlah kesan pada wajah sendiri. Nampak kusam dan tidak bermaya. Ngeri sungguh.
Jadi, pilihlah untuk makan Vitamin C dan tingkatkan pengambilan Protin, agar dapat membantu membina lapisan kolagen pada kulit dan dapat menggantikan sel-sel yang telah rosak itu kepada yang baru dan lebih baik. Jom, kita kembalikan kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya itu kepada yang lebih fresh. Pastinya lebih menawan.
Sekian, nantikan cerita 'wajah baru' saya nanti selepas konsisten pengambilan dua supplemen ini nanti.
No comments:
Post a Comment