Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Koleksi Peribadi & Carian Google
Assalamualaikum w.b.t,
Mari kita manfaatkan waktu ini, pada hari ini (Jumaat, 03 Oktober 2014) merupakan hari ketika mana para Jemaah Haji melakukan Wukuf di Arafah iaitu bersamaan 09 Zulhijjah 1435H. Pada waktu ini, kita dianjurkan memperbanyakkan doa, baik bagi jamaah Haji mahu pun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak menunaikan ibadah haji. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
'خير الدعاء دعاء يوم عرفة'
“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Di sahihkan Al-Albani dalam Shahih At Tirmidzi)
“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Di sahihkan Al-Albani dalam Shahih At Tirmidzi)
Ayuh, kejar peluang ini. Tadahkan tangan, meratap dan merayulah kita selaku hambaNya. In sha Allah, mudahan dimakbulkan. Pastinya yang terbaik buat kehidupan di dunia mahu pun di akhirat kelak. Semoga doa yang dikirim terus kepada mama dan papa di Arafah sana turut tak terkecuali. Kami anak-anaknya di sini sering mendoakan kalian mama dan papa serta Jemaah Haji yang lainnya berada dalam lindungan kesihatan yang baik dan dipermudahkan selama mana urusannya di sana dan berjalan lancarlah hendaknya. Amin.
Rindukan Mereka. Haji Ismail & Hajjah Rokiah |
Salam Hannan & Hannah dari saya.
No comments:
Post a Comment