Wednesday 22 October 2014

Minuman Tenaga Pilihan Superbibik

Teks dan gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Salam ceria dan selamat berlibur bersempena cuti deepavali dan sambutan maal hijrah sabtu ini.
 
Harini nak bercerita tentang satu minuman best pilihan hati. Iaitu Shaklee Performance Drink. Minuman pilihan ahli angkasawan dan para atlet. Juga minuman kegemaran pilihan 'supermoms' dan 'superbibik'.
 
Semalam, bibikku ada maklumkan yang 'air oren tenaga' tu dah habis. Jadi, faham-faham sahaja lah ya. Bagus! Laju betul sebekas air performance tu dibancuh dan diminum. Saya suka. Anak-anak saya suka. Bibik lagi lah suka.
 
Apa yang hebatnya air minuman ini ya? Kerana rasanyakah? Kerana khasiatnyakah? Baiklah kalau nak tahu, komponen elektrolit penting seperti sodium, chloride, magnesium, kalsium, dan potasium nya membantu mengekalkan cecair di dalam badan serta membekalkan tenaga berpanjangan dan daya ketahanan badan. Oh, Patutla superbibik sangat suka. Walaupun kerja angkat-mengangkat barang yang berat-berat dalam rumah ni, slumber and steady jer bibik buat. Hebat. Sangat sesuai bagi mereka yang aktif dalam kerja harian.
 
Air performance ini enak diminum begitu sahaja dengan segelas air kosong atau boleh dicampurkan bersama minuman lain. Lazat diminum pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua. 
 
Ingin tahu lebih lanjut tentang produk? Atau berminat untuk tempahan? Hubungi saya ya.
 
info/order : Iszuraini Ismail
sms/wa : 017.677.2416
emel : iszuraini@hotmail.com
iszurainiismail.blogspot.com
 
Sekian, nantikan lagi entri lain berkenaan produk shaklee yang akan saya kongsikan ya. Salam hannan dan hannah dari saya.
 

Saturday 18 October 2014

Sihat dan Cantik dengan Vitamin C

Teks dan gambar : Iszuraini Ismail

Sumber gambar : Shaklee Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda? Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren. Mampukah kita untuk telan 7 biji buah oren sehari bagi memastikan kandungan vitamin C yang mencukupi bagi keperluan harian tubuh kita? Fikir-fikirkan ya!

Terlalu banyak sebenarnya vitamin C yang ditawarkan di pasaran kita sekarang. Namun, pilihan saya tetap yang satu ini. Pastinya Shaklee pilihan hati. Semulajadi, selamat dan berkesan.

Sustained Release (SR) Vita C Plus nama diberi. Membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan. Bertindak secara pelepasan mengikut masa dan berperingkat bagi memastikan penyerapan nutrien vitamin C tidak hilang sebaik selepas pengambilannya. Membantu dan menyokong tulang,  gigi dan gusi yang sihat. Merupakan anti-oksida semulajadi. Sudahkah anda mengambil vitamin C anda hari ini?  Adakah kandungan nutriennya juga mencukupi? Jom cuba Sustained Release (SR) Vita C Plus Shaklee pula.


Istimewa hari ini bersempena hari pembukaan dan perasmian di ibu pejabat (HQ) Shaklee yang baru di Sunway Pinnacle.

Hari ini sahaja ya, 18.10.2014 !!
Cepat..Cepat..Cepat! 

Jom membeli secara berjemaah. Lebih jimat! pm sy sekarang.


Iszuraini Ismail

017.677.2416



Wednesday 8 October 2014

Bercantik-cantik Walaupun Ketika Berpantang

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera buat teman sekalian. Semoga sihat dan ceria seperti selalu.

Masih ingatkah entri sebelum ini tentang promosi ESP sepanjang Oktober ini kawan? Ya, pastikan anda tidak ketinggalan ya, untuk dapatkannya sementara stok masih ada. Jangan malu, jangan segan boleh hubungi saya juga untuk terus dapatkannya.
 
Baiklah, selain daripada khasiat protin ESP yang telah diskongsikan seperti sebelum ini, hari ini saya terasa ingin mencuba dan berkongsi pula fungsi lain yang boleh dibuat dengan protin ESP Shaklee.
 
Ini kisahnya, bermula dengan rakan kesayangan saya yang bertanya tentang cara-cara untuk ber'masker' menggunakan ESP dan lain-lain bahan yang juga daripada supplemen Shaklee. Ini antara bahan bahan yang saya gunakan.


ESP + ALFALFA + GLA
(Saya tiada stok VITA E yang dah dibuka, jadinya saya gantikan dengan GLA juga boleh.. Be creative. Heheh!)

Boleh dikatakan ala-ala 'homemade masker' juga ni. Maklumlah saya ni masih lagi berpantang. Niat nak bercantik-cantik haruslah ada dan menebal dalam diri ini. Hendak ke spa, masakan nak ditinggalkan anak kecil di rumah. Paling tidak pun memakan masa satu setengah jam ke dua jam juga untuk membuat 'facial'. Belum pula mengambil kira masa memandu. Jadi, ide daripada rakan kesayangan saya ini jugalah membuatkan 'mak-tang' sorang ni, berkobar-kobar juga nak berkongsi tip dan resepi 'homemade masker' ini. Jom, cuba!
 
Bahan asalnya ESP+ ALFALFA+ VITA E ya!
Rasa sejuk masa mula ditepek kt muka, BEST!


Hasilnya, NO MORE BLACKHEADs!! tak perlu lagi 'porepack'. Hihi
























Ha, siapa yang tak teruja kan?! Jangan lupa cuba tau. Oh, ya! sekiranya anda perlukan bahan-bahannya seperti di atas boleh dapatkannya dengan menghubungi saya ya.

Hah, ni momok jadian! huhhu. Anak-anak pun takut nak dekat.Haha.


Sekian dulu, coretan dan perkongsian kali ini. Salam jumpa lagi di lain entri dengan tip-tip yang lain pula.

Salam Hannan & Hannah dari saya.

Tuesday 7 October 2014

Menu Pengorbanan

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Alhamdulillah,  Syukur. 'Taqabbalallahu Minna Wa Minkum'. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan segala dosa kita diampunkan. Mudah-mudahan juga Allah menerima pengorbanan yang kita semua telah lakukan. Amin. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Semoga pengorbanan nabi Allah, Ibrahim a.s dan Ismail a.s menjadi pengajaran kepada kita semua. Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan. Jadi apa antara pengorbanan yang telah anda lakukan pada hari ini? Tiada lain yang lebih menggembirakan hari ini apabila masa yang berkualiti untuk keluarga dapat di manfaatkan bersama.

Semestinya hari cuti sebegini memberi ruang dan peluang buat saya, mengasah kemahiran dan bakat memasak dengan 'air tangan' sendiri buat hidangan seisi keluarga. Maklumlah, sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang hari raya memang segala bakat masakan dan kerajinan itu muncul dengan tiba-tiba. Ajaibkan?!

Sungguhpun masih lagi dalam hari menghabiskan tempoh berpantang, ianya tidak menjadi halangan buat saya. Apa yang penting adalah kepuasan dalam menyediakan 'sesuatu' buat seisi keluarga dan tetamu yang hadir. Walaupun tidaklah sehebat mana hidangan yang tersedia, tetapi syukurlah. Paling memberi kepuasan pada si tukang masak, apabila hidangan yang disediakan habis dan licin tanpa pembaziran. Wah, hebat juga saya ni kan! ('angkat bakul' nampaknya). Baiklah, mari layan gambar dulu. Di lain entri akan saya kongsikan resepi menu di bawah ya.
 
Menu Raya #1
Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah Madu
Menu Raya #2
Mee Jawa Resepi Bonda

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semoga kita diberkati dengan kegembiraan dan kasih sayang dengan sambutan Hari Raya Qurban pada kali ini. Wassalam.


Friday 3 October 2014

Manfaatkan Waktu Mustajab Berdoa

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Koleksi Peribadi & Carian Google
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Mari kita manfaatkan waktu ini, pada hari ini (Jumaat, 03 Oktober 2014) merupakan hari ketika mana para Jemaah Haji melakukan Wukuf di Arafah iaitu bersamaan 09 Zulhijjah 1435H. Pada waktu ini, kita dianjurkan memperbanyakkan doa, baik bagi jamaah Haji mahu pun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak menunaikan ibadah haji. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
 
'خير الدعاء دعاء يوم عرفة'
“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Di sahihkan Al-Albani dalam Shahih At Tirmidzi)

 
Ayuh, kejar peluang ini. Tadahkan tangan, meratap dan merayulah kita selaku hambaNya. In sha Allah, mudahan dimakbulkan. Pastinya yang terbaik buat kehidupan di dunia mahu pun di akhirat kelak. Semoga doa yang dikirim terus kepada mama dan papa di Arafah sana turut tak terkecuali. Kami anak-anaknya di sini sering mendoakan kalian mama dan papa serta Jemaah Haji yang lainnya berada dalam lindungan kesihatan yang baik dan dipermudahkan selama mana urusannya di sana dan berjalan lancarlah hendaknya. Amin.
 
Rindukan Mereka.
Haji Ismail & Hajjah Rokiah

Salam Hannan & Hannah dari saya.


Thursday 2 October 2014

Ini Protin Bukan Sebarang Protin, Ini Protin Tinggi Kualiti.

Teks : Iszuraini Ismail
Gambar : Shaklee Malaysia
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Apakah kelebihan dan kebaikan protin? Pengambilan protin dapat membantu dalam menghasilkan sel baru dengan menyingkirkan sel mati dan sel lama dalam tubuh kita. Badan kita terdiri daripada sel. Daripada sel membentuk tisu. Kemudian, daripada tisu membentuk organ. Daripada organ membentuk sistem.
 
Sel >> Tisu >> Organ >> Sistem
 
Protin merupakan makanan kepada sel. Sekiranya sel mendapat cukup protin ditambah dengan protin yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk bagi menggantikan sel yang lama dan mati. Keperluan protin yang mencukupi dikatakan sebagai kunci kesihatan yang optimum. Bagaimana pula ingin pastikan protin pilihan kita adalah yang terbaik dan tinggi kualiti?
 
Ya, ini protin pilihan saya iaitu ESP (Soy Protein Isolate Powder) keluaran Shaklee. Maklumat lanjut tentang ESP Shaklee di sini.
 
Pengambilan ESP secara rutin harian, dapat memberikan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar sesuai bagi mereka yang gastrik mahupun yang ingin berdiet. Bukan itu sahaja, ESP juga sangat sesuai bagi wanita yang ingin mencantikkan kulit wajah yang kusam dan mahukan kulit yang anjal kerana protin membantu menggantikan sel lama yang telah mati pada lapisan kulit. Bagi pengalaman saya pula, sepanjang tempoh kehamilan dan menyusukan anak-anak saya, ESP sangat membantu dalam menghasilkan susu yang banyak malah mencukupi buat anak-anak saya. Alhamdulillah.
 
Ini promosi dari Shaklee Malaysia untuk bulan ini (01-31 Oktober 2014)
 
Jadi dengan adanya promosi istimewa daripada Shaklee pada bulan ini iaitu dengan setiap pembelian 6  canister ESP akan diberikan percuma 1 canister ESP. Sudah pasti sangat menarik, dan saya tidak akan lepaskan peluang untuk memborongnya kali ini. Bagi anda sesiapa jua yang mahu mencuba atau sama-sama mahu menikmati rasa ESP yang enak dan lazat penuh kebaikan ini dengan tawaran dan harga yang istimewa, boleh dapatkan menerusi saya juga. 
 
Salam Hannan & Hannah dari saya.

Wednesday 1 October 2014

Makanan Dalam Berpantang

Teks : Iszuraini Ismail

Syukur, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
 
Hari ini masuk hari ke-21 tempoh berpantang setelah saya selamat melahirkan cahaya mata ke-4 kami, pada 11 September 2014 yang lalu. Sekali lagi syukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan saya kali ini saat melahirkannya. Benar kata orang, setiap kelahiran itu memberikan pengalaman yang berbeza pada setiap ibu.
 
Sungguhpun ini merupakan kelahiran yang ke-4 pada saya, namun pengalaman dan ujian yang Allah berikan sejak mula hamil kali ini, sangat berbeza berbanding tiga pengalaman awal sewaktu anak-anak saya yang terdahulu. Hanya kehamilan ke-4 ini yang memberikan pengalaman rasa muntah dan loya selama 3 bulan. Hanya kehamilan ke-4 ini yang saya kategorikan sebagai lewat waktu bersalin berbanding saat kelahiran kakak dan abang-abangnya. Masakan tidak, ketiga-tiga anak saya yang terdahulunya memberikan saya pengalaman di 'labour room' yang sangat singkat. Boleh dikatakan hanya mengambil tempoh tiga ke empat jam rasa sakit. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya turut diberi kesenangan dan dipermudahkan saat melahirkan anak yang ke-4 ini di samping suami yang menemani saya sepanjang sembilan jam di 'labour room'.
 
Selama tempoh berpantang kali ini juga, saya hanya berpantang di rumah sendiri tanpa bantuan ibu sendiri sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Selalunya, andai berpantang dengan ibu sendiri, beliaulah yang akan menyediakan menu berpantang untuk anaknya ini. Saya juga bolehlah bermanja-manja dan minta apa sahaja daripada beliau. Namun tidak untuk tempoh berpantang kali ini. Kedua-dua; mama dan papa, dijemput dengan panggilan 'Labbaikallah' ke Tanah Suci, Mekah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini. Semoga mereka berdua perolehi Haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan mereka selama berada di sana. Semoga selamat pulang kembali ke tanah air dengan selamatnya. Ah, tak sabar rasanya nak jumpa mereka pada 14 Oktober 2014 ini kelak.
 
Apa makanan dalam berpantang yang baik dan berkhasiat? Apa menunya? Bagaimana cara masakannya? Ya, perlu diingatkan makanan mereka yang dalam berpantang itu seharusnya yang berkhasiat. Baik untuk si ibu mahupun bayi yang sedang disusukan. Alhamdulillah, walaupun dalam pada saya berpantang sendiri kali ini saya masih beringat dan seringkali diingatkan oleh teman-teman dan adik-beradik yang lain agar jaga pemakanan selain daripada rutin berpantang yang lain.
 
Mari, saya kongsikan antara pemakanan sampingan yang harus dan wajib diambil oleh saya bermula seawal bangun pagi.
 
Rutin Pagi :
  • Sebelum sarapan : Sebiji ZINC COMPLEX.
  • Sewaktu bersarapan : Minum segelas ESP beserta minuman kegemaran saya antaranya Horlicks, Vico, Oat dicampur juga dengan Kurma.
  • Selepas sarapan : Sebiji VITALEA, Sebiji VITA C PLUS, Sebiji B-COMPLEX.
Rutin Tengahari :
  • Selepas makan tengahari : Sebiji OMEGA GUARD dan Sebiji GLA COMPLEX.
Rutin Malam :
  • Selepas makan malam : Empat biji OSTEMATRIX.
  • Sebelum tidur : Minum segelas ESP dengan minuman kegemaran sertimana di atas.
Wah, banyak pula setelah disenaraikan sebegitu. Jangan bimbang, saya akan pastikan tubuh saya diseimbangkan dengan pengambilan air masak ataupun air kosong sebanyak 2 ke 3 liter air sehari. Ingin tahu tip pengambilan air masak yang secukupnya dalam sehari? Nanti saya akan kongsikan tip dan caranya ya. Oh, akan saya kongsikan juga khasiat bagi setiap satu vitamin yang saya ambil seperti di atas tadi ya.
 
Sehingga di sini dahulu. Salam Hannan & Hannah dari saya.

Pengenalan Diri

Teks & Gambar : Iszuraini Ismail

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Salam perkenalan buat anda semua. Nama penuh saya Iszuraini Binti Ismail. Lebih mesra dengan panggilan Nini ataupun Isz dan Iszu. Seorang isteri dan mama kepada 4 orang anak. Dilahirkan pada 22 Julai 1983 di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan rendah dan menengah yang juga di sekitar Kuala Lumpur dan di daerah negeri Selangor. 
 
Saya menyambung pelajaran ke peringkat Matrikulasi Perakaunan di Kolej Shahputra-Pekan, Pahang dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Di bumi Sintok, Kedah ini jugalah saya bertemu jodoh saya iaitu suami saya yang kini dan untuk selamanya. In sha Allah.
 
Alhamdulillah kami selamat dinikahkan pada 26 Disember 2008 dan kini masuk tahun ke-6 kami melayari bahtera rumahtangga dengan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Hannan Nusaybah, Haddad Haidar, Hayyan Haq dan Hannah Thuwaybah. Saya kini sedang berpantang melahirkan anak yang ke-4 dalam kiraan hari yang ke-21.
 
Mula mendapat pekerjaan sebagai 'Penolong Pengurus' pada Jun 2006 di sebuah bank di Kuala Terengganu dan berkhidmat selama 3 tahun di sana. Kemudiannya berpindah ke cawangan bank yang sama di Miri, Sarawak pada Februari 2010 selepas habis berpantang anak yang pertama.
 
Tuntutan kerjaya sebagai seorang pegawai bank memang agak mencabar. Ditambah lagi dengan urusan rumah tangga yang memerlukan saya membahagikan masa untuk suami dan anak-anak. Hidup di perantauan berjauhan dengan keluarga membuatkan saya ingin lebih berdikari membesarkan anak-anak di hadapan mata sendiri. Alhamdulillah hasrat saya untuk berhenti kerja pada Julai 2013 disokong oleh suami.

Sebenarnya hasrat saya ingin berhenti kerja sudah pun terdetik semenjak awal saya mula berkenalan dengan 'SHAKLEE'. Bermula pada Ogos 2011 ketika saya masih menyusukan anak yang ke-2. Perniagaan Shaklee yang pada awalnya hanya dijalankan separuh masa pada ketika itu, mula menampakkan hasil dan minat yang mendalam pada diri saya tentang perniagaan. Bertitik tolak dari situlah, saya mula memasang niat untuk menjadi seorang 'WAHM'. Kini, sasaran saya selepas berhenti kerja adalah ingin menjana pendapatan lima angka seterusnya mencapai tahap kebebasan kewangan melalui perniagaan Shaklee. Segalanya tidak mustahil bagi saya. Doakan saya berjaya mencapai impian ini.

Justeru melalui penulisan saya di blog ini, akan saya kongsikan segala tip dan panduan antaranya mengenai kesihatan, kecantikan, penyusuan dan kehamilan menurut pengalaman, minat dan pembacaan saya. Semoga ianya dapat memberi manfaat dan motivasi buat kita semua disamping menambahbaik penulisan saya dari semasa ke semasa.

Sekian sahaja, serba sedikit mengenai kisah saya.

Salam Hannan & Hannah dari saya.

Aidilfitri 2014 / Syawal 1435H
Ketika ini mama mengandungkan baby Hannah, 32 minggu (8 bulan)